Isnin, 1 Julai 2013

Sektor Perkilangan Sasar Nilai Pelaburan RM8 Juta


ean yong

SHAH ALAM  : Kerajaan Negeri mensasarkan sebanyak RM8 bilion jumlah pelaburan dalam sektor perkilangan bagi tahun 2013.

Exco Pelaburan, Perindustrian dan perdagangan, Ean Yong Hian Wah berkata sasaran itu berdasarkan perkembangan dan keadaan ekonomi dunia.

Beliau memaklumkan bagi tempoh Januari hingga Mac 2013, sebanyak 43 projek diluluskan oleh Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dengan pelaburan sebanyak RM618723.695

“Daripada jumlah itu, sebanyak RM312,461.057 adalah dari pelaburan tempatan dan sebanyak RM306,262.638 dari pelaburan asing dengan peluang pekerjaan sebanyak 2,542 diwujudkan.

“Jumlah terbabit menjadikan Selangor masih menduduki nombor pertama dari segi bilangan pelaburan,” katanya bagi menjawab pertanyaan lisan daripada Mat Nadzari Ahmad Dahlan (BN-Batang Kali).

Sementara itu, Ean menambah sebanyak 1,420 projek perkilangan diluluskan dengan pelaburan sebanyak RM49.7 bilion dan 125,067 peluang pekerjaan berjaya diwujudkan bagi tempoh 2008-2012.

Tiada ulasan: