Menterinya Datuk Hasan Malek berkata harga maksimum ayam bagi peringkat ladang, borong dan runcit ditentukan dan diisytiharkan di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 dan ia dikuatkuasakan di seluruh negara.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melawat Bazar Ramadan di presint 2 di sini hari ini.
Hasan mengulas laporan media hari ini berhubung kenaikan harga ayam di seluruh negara yang dilaporkan dijual antara RM8 hingga RM9 sekilogram berbanding RM6.50 hingga RM7.60 sekilogram sebelum ini.
Sehubungan itu, beliau mahu pihak yang mendakwa kenaikan harga ayam itu agar bekerjasama dengan kementerian dan melaporkan bersama-sama bukti agar tindakan yang sewajarnya dapat diambil.
"Demi memastikan para peniaga tidak mengambil kesempatan menaikkan harga ayam sepanjang Ramadan ini khususnya menjelang Hari Raya Aidilfitri, kementerian akan mempertingkatkan penguatkuasaan dan akan bertindak tegas dengan mengeluarkan denda kepada peniaga terbabit.
Mengenai Ops Harga 2013 yang bermula 6 Julai sehingga 11 Julai lepas, beliau berkata 26,854 pemeriksaan telah dilaksanakan di seluruh negara dengan 60 kes dicatatkan. Jumlah rampasan pula bernilai RM10,071 dengan kompaun RM7,150.
"Sebanyak 59 kes membabitkan kesalahan tidak meletakkan tanda harga atau senarai harga bagi barangan yang dijual manakala satu kes kerana menjual barangan harga terkawal iaitu gula kasar melebihi harga maksimum yang ditetapkan," katanya.
Dalam pada itu, Hasan berkata Skim Kawalan Harga musim perayaan Hari Raya Aidilfitri 2013 dijadual bermula pada awal Ogos.
Katanya dalam tempoh itu harga ayam akan ditentukan kerajaan dan para peniaga dan pengeluar ayam harus akur dengan penetapan harga tersebut.
Beliau berkata pada hari biasa dan bukan musim perayaan iaitu pada luar tempoh Skim Kawalan Harga, harga ayam dalam pasaran tidak dikawal dan ia ditentukan berdasarkan permintaan dan penawaran. - Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan