Risau kegiatan pecah rumah meningkat
Othman menunjukkan pintu rumahnya dikopak masuk oleh penyamun sebelum menyamun rumahnya
 
Risau kegiatan pecah rumah meningkat
Mohamad Radzi mencadangkan MBSA memasang pagar di setiap lorong belakang rumah.
 
Risau kegiatan pecah rumah meningkat
Nadzham menunjukkan trek basikal yang dipercayai digunakan pencuri untuk memecah masuk rumahnya
 
Risau kegiatan pecah rumah meningkat
Nadzham menunjukkan bahagian rumahnya yang dipecah masuk penyamun
 
SHAH ALAM - Penduduk di Seksyen 4, dekat sini, hidup dalam kebimbangan berikutan kejadian pecah rumah yang kerap berlaku kebelakangan ini.

Mereka mendakwa, kes pecah rumah di kawasan itu mencecah 20 kes dalam tempoh 2 bulan kebelakangan ini disebabkan kewujudan sebuah trek basikal.

Pembinaan trek ini, menurut mereka memudahkan perompak untuk memecah masuk ke dalam rumah dan melakukan rompakan berikutan trek basikal tersebut tidak mempunyai lampu dan dibina berdekatan dengan rumah.

Berdasarkan kes sebelum ini, penjenayah menyelinap masuk ke rumah penduduk melalui pintu pagar belakang dengan kaedah mengumpil dan memecahkan pintu.

Suspek dipercayai tidak menggunakan tempoh waktu tertentu untuk bertindak sebaliknya hanya memastikan rumah itu tidak berpenghuni.

Hasil tinjauan Sinar Harian di kawasan itu mendapati, penduduk mendesak supaya Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) memasang lampu di sekeliling trek itu selain memasang pagar dan lampu di laluan belakang rumah mereka.

Selain itu, mereka meminta supaya polis membuat pemantauan secara kerap di kawasan itu pada setiap masa memandangkan perompak memecah masuk rumah mereka tanpa mengira masa.

Terbaru minggu lalu, surau di taman perumahan itu turut dipecah masuk dan beberapa peralatan audio dilarikan.

Mangsa Pertama: Nadzham bin Ahmad Nasir, 38 tahun

Nadzham berkata, rumahnya dimasuki perompak pada Jumaat lalu ketika waktu Subuh. Ketika kejadian menurutnya, dia dan keluarganya tiada di rumah kerana mereka mempunyai urusan di luar. “Pada mulanya, saya tidak mengesyaki berlaku apa-apa kecurian memandangkan tiada tanda rumah saya dipecah masuk.

“Tetapi, apabila saya naik ke tingkat atas rumah saya, saya dapati bilik berselerak dengan almari sudah digeledah perompak,” katanya. Nadzham berkata, perompak berkenaan memasuki rumahnya melalui pintu belakang dengan mengumpil tingkap bilik belakang rumahnya sehingga terbuka. Katanya, dia hilang pelbagai barangan seperti telefon bimbit, komputer riba, wang ringgit dan pelbagai lagi.

“Malah, perompak itu mencuri seluar dalam saya yang belum dipakai dan saya mengalami kerugian dalam anggaran RM30,000 hingga RM40,000 akibat rompak an itu,” katanya.

Menurutnya, dia terus menghubungi  pasukan peronda polis selepas insiden itu. Katanya, polis membuat andaian bahawa rompakan berkenaan dilakukan sekurang- kurangnya dua orang berdasarkan barang yang dicuri.

Mangsa Kedua: Othman Ismail, 64 tahun

Othm an berkata, rumahnya dirompak ketika dia dan isterinya pergi ke majlis perkahwinan di Klang pada waktu petang 2 Mac lalu. Katanya, anak dan menantu yang tinggal bersebelahan dengan rumahnya juga tiada ketika kejadian. Menurutnya, perompak berkenaan memasuki rumahnya dengan mengumpil pintu rumah anak mereka, sebelum memasuki rumahnya melalui pintu belakang. Sebaik sahaja dia pulang ke rumahnya kira-kira jam 5 petang, dia mendapati pakaian di biliknya sudah berselerak. "Antara barang yang hilang ialah barang kemas milik isteri dan anaknya seperti cincin, rantai, jam tangan dan barang lain dan anggaran kerugian akibat rompakan itu bernilai hampir RM1 juta," katanya yang turut membuat laporan mengenai kejadian itu

Mangsa Ketiga: Hassan Talib, 80 tahun

Hassan berkata, perompak pernah cuba mencuri kereta Perodua Myvi anaknya pada 23 Mei lalu. Ketika kejadian, Hassan berkata, dia berada di masjid berdekatan rumahnya untuk menunaikan solat Subuh.

“Ketika itu, anak saya berada di rumah dan dia meletakkan keretanya di luar rumah,” katanya. Menurutnya, perompak itu bertindak memecahkan cermin pintu hadapan sebelah kiri kereta tersebut malah sudah menanggalkan

nombor plat dan cukai jalan kereta anaknya. Namun, nasib tidak menyebelahi perompak tersebut kerana mereka melarikan diri apabila mendengar jiran rumahnya hendak keluar dari rumah. “Jiran saya tidak sempat

melihat pencuri itu memandangkan mereka sudah melarikan diri,” katanya. Akibat insiden itu, anaknya membuat laporan di Balai Polis Seksyen 11, Shah Alam.


Mangsa Keempat: Mohamad Radzi Adnan Omar, 48 tahun

Moh amad Radzi berkata, rumahnya dipecah masuk kira-kira dua tahun lalu ketika dia pulang ke rumah dan ternampak sebuah kereta di belakang rumahnya.

“Dalam kereta berkenaan, saya nampak kelibat dua lelaki berada di dalam kereta itu dan tidak mengesyaki perkara yang pelik,” katanya.

Apabila dia sampai di rumahnya, dia pelik kerana banyak kucing masuk ke dalam rumahnya walaupun sebelum dia ke surau, dia memastikan tiada kucing berada di dalam rumah.

“Apabila saya pergi ke bilik saya, saya dapati bilik saya sudah berselerak dengan pakaian dipunggah pencuri tersebut,” katanya.

Akibat kecurian itu katanya, dia kehilangan sejumlah wang tunai manakala isterinya kehilangan barang kemas yang dianggarkan bernilai kira-kira RM15,000.

Katanya, dia turut melaporkan kecurian itu di balai polis berdekatan.