Sabtu, 13 Julai 2013

Pindah siasatan kematian Murugan ke Bukit Aman


Azuan Ab Rahman

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Batu Gajah, V Sivakumar mendesak kes pembunuhan K Murugan dikendallikan Polis Bukit Aman bagi mengelak campur tangan pihak luar terhadap siasatan.

“Ini kes pembunuhan berprofil tinggi. Murugan dibunuh dalam kempen pilihanraya. Ini bukan kes pembunuhan biasa, ia kes pembunuhan politik,” kata Sivakumar.
V_Sivakumar
K Murugan hilang secara mengejut selepas beliau mengadu menerima panggilan ugut dari individu tak dikenali yang mahukan beliau tidak membantu calon KEADILAN Parlimen Tapah, K Vasantha Kumar.

Mayat Murugan dijumpai terapung di tasik Taman Perindustrian Bemban, Kampung Gajah pada 5 Mei dengan keadaan kesan kelar di seluruh badan sementara tangannya diikat dengan kawat berduri.

Sivakumar kesal dengan kenyataan Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Shukri Dahlan yang mengingatkan agar kes kematian K Murugan tidak dipolitikkan.

Ia menyebabkannya Sivakumar, calon KEADILAN Parlimen Tapah, Vasantha Kumar dan keluarga mendiang hilang
kepercayaan ke atas polis yang melakukan siasatan kes tersebut.

“Apakah siasatan yang adil telah dilakukan polis Perak?
Kesemua yang dipanggil untuk reman dan soal siasat berhubung kes ini adalah rakan-rakan mangsa.

“Kenapa musuh politik mendiang sendiri tidak pernah disiasat? soal Sivakumar.

Tiada ulasan: