Oleh Md Izwan
Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali (gambar) kesal berikutan kerajaan tidak menghargai peranan mereka sebaik pilihan raya umum (PRU) berakhir.
Beliau berkata, kerajaan tidak mengambil berat isu yang dibangkitkan
oleh kumpulan pendesak Melayu, sebaliknya sanggup mendengar permintaan
kumpulan lain yang disifatkannya biadap dan menggugut kerajaan.
"Nasihat oleh Perkasa langsung tidak dihargai, kerajaan tak endah apa yang ditekankan oleh Perkasa.
"Kerjasama baik yang kami berikan tidak disambut baik, sebaliknya
kumpulan lain yang lebih agresif, biadap dan guna kaedah menggugut
mendapat layanan lebih istimewa," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur hari ini.
Bekas Ahli Parlimen Pasir Mas itu turut mengungkit pertemuan yang
dilakukan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dengan Dong Zong
dan Hindraf, malah menjemput paderi ke Putrajaya.
"Mereka (kerajaan) sanggup dengar permintaan dan aduan daripada kumpulan tersebut tetapi tidak pula dengan Perkasa.
"Kerajaan jumpa Dong Zong, Hindraf dan paderi sebelum pilihan raya,
tapi ada tak dengar Perkasa dapat layanan sama? Ada tak pemimpin Umno
yang hadir ke mesyuarat Perkasa atau rasmikan majlis anjuran Perkasa?"
katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan