Isnin, 1 Julai 2013

MP: Mengapa perbelanjaan SPR meningkat?

MALAYSIA KINI


Ahli Parlimen Seremban Anthony Loke menuntut supaya kerajaan menjelaskan peningkatan kos perbelanjaan sehingga sekali ganda – dari RM200 juta pada Pilihan Raya Umum 2008 kepada RM400 juta dalam pilihan raya umum yang lalu. 

"Perbelanjaan sebanyak RM400 juta ini mesti dipersoalkan kerana ia melibatkan peningkatan sehingga 100 peratus daripada peruntukan dalam Pilihan Raya Umum ke-12 pada tahun 2008.

"Mengapa dalam tempoh lima tahun, perbelanjaan untuk pilihan raya umum melonjak 100 peratus walaupun bilangan pengundi hanya meningkat 20 peratus?," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau mengulas jawapan bertulis Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim pada 27 Jun lalu berhubung perbelanjaan pada pilihan raya umum ke-13.

Loke dalam soalan lisannya meminta Suruhanjaya Pilihan RAya (SPR) untuk menyatakan butiran perbelanjaan suruhanjaya itu semasa pilihan raya umum yang lalu.

Secara purata, perbelanjaan itu meliputi RM1.8 juta bagi setiap satu dari 222 kawasan Parlimen, yang disifatkannya sebagai sangat banyak berbanding had perbelanjaan bagi setiap calon iaitu RM200,000.

Tiada ulasan: