Selasa, 2 Julai 2013

MB : Tiada Lagi Dokumen Tanah “Hilang”


PKMR Gombak 02

SHAH ALAM  : Kerajaan Negeri telah membelanjakan lebih RM 5 juta bagi menjadikan sistem penyimpanan data pengurusan tanah di Selangor lebih efisien.

Sistem tersebut telah menyimpan lebih 1.9 juta dokumen dalam bentuk digital bagi memastikan tiada lagi dokumen atau fail tanah yang hilang di jabatan tanah.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata sistem itu termasuk Selangor Land Information System (SeLIS) dan Land Bank Library System (LBLS).

“Sehingga kini kita telah menyimpan sejumlah 1,913,924 dokumen dalam sistem.

“Itu bersamaan lebih daripada 17 juta helaian termasuk ‘digital images’ telah disimpan. Bermakna tiada fail yang akan hilang daripada simpanan,” jelas Abdul Khalid yang juga Adun Pelabuhan Klang.
Beliau menjawab soalan daripada Adun Batu Caves Amirudin Saari.

Bagi sistem aplikasi SeLIS, sejumlah RM 640,900 dibelanjakan meliputi antaranya; kos perkhidmatan latihan, pekhidmatan TOT untuk pasukan teknikal, perkhidmatan penyelenggaraan, pembangunan pangkalan data dan latihan untuk setiap pejabat tanah dan daerah.

Untuk sistem LBLS pula, RM 4.7 juta telah dibelanjakan untuk aktiviti ‘digitization’, ‘site preparation’, ‘management boxes’, ‘moving charges’, dan ‘LBLS System and Implementation’.

Tiada ulasan: