Sabtu, 20 Julai 2013

Kisah PRK: Aktivis Pas bersemangat raih undi


Kisah PRK: Aktivis Pas bersemangat raih undi
Beberapa aktivis Pas yang datang untuk meraih undi saat terakhir walaupun terpaksa berpanas. 
 
KUALA BESUT - Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Kuala Besut hari ini telah memasuki fasa-fasa terakhir apabila berlangsungnya proses pengundian awal di  Dewan Serbaguna Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) Gong Kedak.

Seperti sebelum ini, parti-parti politik yang bertanding akan cuba memainkan peranan meraih undi di saat terakhir.

Bagaimanapun tinjauan Sinar Harian Online, mendapati hanya petugas Pas memeriahkan pintu utama pusat mengundi awal.

"Kami berada di sini sejak dari pagi tadi dalam jam 8.00 pagi dan memegang banner serta mengibarkan bendera Pas untuk meraih undi.

"Ada juga kami minta pengundi yang datang untuk mengundi calon Pas," kata aktivis Pas, Mohd Afif Abd Majid, 24.

Beliau dilihat datang bersama dua lagi rakannya yang datang dari ibu kota yang turut bersama-sama memberikan sokongan kepada calon Pas, Azlan@Endut Yusuf.

Tambahnya, walaupun berada di bawah terik matahari di bulan Ramadan namun semangat untuk perubahan tidak akan membuatkan penyokong Pas berganjak.

"Panas memang panas, tapi demi semangat kita, kita rela," katanya yang turut disokong rakannya yang lain.

Beliau yang juga aktivis Pas mengambil bahagian dalam meraih undi saat terakhir akan bergilir-gilir di hadapan pintu pusat mengundi sehingga pukul 5 petang.

"Kita bergilir tunggu sini, sampai habis orang mengundi," jelasnya.

PRK akan berlangsung pada 24 Julai depan yang akan menyaksikan hampir 18 ribu pengundi yang akan membuat pemilihan calon bagi memilih penyandang BN sebelum ini Dr A Rahman Moktar yang meninggal dunia pada 26 Jun lalu akibat kanser paru-paru.

Tiada ulasan: