Rabu, 3 Julai 2013

Kerajaan Selangor Beri Bantuan Tanpa Mengira Fahaman Politik


rodziah DUN soal jawab 01

SHAH ALAM I : Kerajaan Negeri mengingatkan semua pegawai kerajaan termasuk Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) supaya bersikap professional ketika bertugas dengan mengutamakan kepentingan masyarakat di Selangor tanpa pilih kasih.

Exco Kebajikan dan Hal Ehwal Wanita, Rodziah Ismail berkata, semua pegawai dan kakitangan diarahkan supaya bersikap terbuka dan penuh tanggungjawab dalam melaksanakan tugas tidak kira fahaman politik.

“Semua pegawai JKM sentiasa diingatkan untuk meningkatkan tahap professionalisma mereka dan meletakkan penerima yang benar-benar memerlukan sebagai asas keutamaan tanpa mengambilkira latar belakang politik.

“Sehubungan itu jika terdapat lagi mana-mana pegawai yang masih melakukan perkara tersebut, sila laporkan nama mereka untuk diambil tindakan selanjutnya.”

Rodziah berkata demikian ketika menjawab soalan Adun Dusun Tua, Razaly Hassan di dalam sidang Dewan Negeri Selangor (DNS) di sini hari ini.

Tiada ulasan: