Editor buletin
Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) akan menggerakkan kempen anti kenaikan harga barang secara menyeluruh bermula pada bulan Ramadhan ini dengan mengedarkan risalah agar masyarakat sedar mengenai hak mereka, disamping memberi awasan kepada para peniaga agar tidak menaikkan harga barang sesuka hati mereka.Menurut Setiausaha DPPM Khairul Faizi Ahmad Kamil, usaha tersebut dimulakan dengan kunjungan hormat kepada Gabungan Persatuan Pengguna-Pengguna Malaysia (FOMCA) yang diadakan pada Isnin, 1 Julai 2013 jam 11.30 pagi bertempat di Pejabat FOMCA, Bangunan SKPPK, Petaling Jaya, Selangor.
"rombongan DPPM dianggotai oleh Ketuanya YB Ustaz Nasrudin Hassan, Timbalannya YB Ustaz Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz, saya sendiri, Pengarah Pilihanraya Mohd Sany Hamzan serta Exco DPP YB Ustaz Ahamd Baihaki Atiqullah dan Yusapiza Ya’acob.
"Rombongan DPPM disambut oleh Presiden FOMA, Datuk Marimuthu Nadason bersama Ahli Jawatankuasa Kerja Tertinggi FOMCA,"jelas Khairul Faizi pada kenyatan media semalam.
Katanya, kunjungan hormat itu bertujuan untuk mendapatkan input mengenai isu semasa khususnya isu kenaikan harga barangan keperluan terutama menjelang bulan Ramadhan serta isu-isu kepenggunaan.
Beliau berkata, Datuk Paul Sivaraj mewakili jawatankuasa FOMCA memberi taklimat terperinci mengenai isu-isu kepenggunaan serta kenaikan harga barangan yang menjerut rakyat.
"Beberapa cadangan dan resolusi dicapai antaranya ialah kerjasama antara FOMCA, NGO-NGO dengan DPPM dalam usaha memberi pendidikan kepada masyarakat mengenai hak-hak mereka,
"kunjungan tersebut mengeratkan lagi hubungan antara DPPM dengan NGO-NGO serta membentuk kerjasama erat antara semua pihak bagi kebaikan rakyat,"tambahnya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan