Khamis, 25 Julai 2013

Jerebu Beralih Ke Utara, P.Pinang Hampiri Paras Tidak Sihat



Sebuah kapal terbang berlepas dalam keadaan jerebu di lapangan terbang antarabangsa Pulau Pinang.
 
GEORGE TOWN: Kualiti udara di Pulau Pinang menghampiri paras tidak sihat.

Beberapa kawasan di negeri ini pada pagi Khamis mencatatkan peningkatan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) .

Menurut laman web Jabatan Alam Sekitar (JAS), Seberang Jaya kelihatan menghampiri paras tidak sihat apabila bacaan IPU meningkat dari 95 pada pukul 8 pagi kepada 98 (10 pagi).

IPU di Prai dan Universiti Sains Malaysia masih berada pada paras sederhana dengan bacaan 92 dan 83 pada pukul 10 pagi.

Tiada ulasan: