Ahad, 14 Julai 2013

Isu bazar Ramadan Reko Sentral : Exco Selangor Tidak Pernah Campurtangan


tapak bazar ramadan reko sentral 05

SHAH ALAM - Exco Kerajaan Selangor tidak pernah terlibat dalam keputusan menutup bazaar Ramadan di Reko Sentral Kajang yang cuba dieksploitasikan oleh pihak tertentu untuk dijadikan isu perkauman.

Menurut Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Datuk Teng Chang Khim, beliau memberi kepercayaan penuh kepada Datuk Bandar atau Yang Dipertua dan Ahli Majlis untuk membuat keputusan terbaik untuk kawasan selian masing-masing.

“Saya berterima kasih kepada rakan Exco saya. Setakat ini mereka juga tidak pernah campurtangan dalam hal ehwal di bawah bidang kuasa saya,” kata beliau ketika menjawab dakwaan bahawa exco Kerajaan Selangor mengarahkan penutupan bazar itu.

“Jadi segala tuduhan mengatakan saya campurtangan dalam isu ini adalah tuduhan yang melulu. Itu adalah satu fitnah.

teng mugshot t shirt 01“Saya berharap semua pihak yang kecewa dengan mana-mana keputusan MPKj, jangan salahkan saya.

“Saya tidak pernah campurtangan walau untuk satu kes pun khususnya dalam bulan Ramadan ini jagalah kata-kata. Itu fitnah maka tanggunglah dosa sendiri,” katanya ketika ditemui TVSelangor.

Pada 11 Julai lalu, Pegawai Korporat dan Perhubungan Awam MPKj, Kamarul Izlan Sulaiman berkata, keputusan menutup bazaar Ramadan itu dibuat selepas mendapat aduan daripada pengurus kedai di kawasan komersil Reko Sentral Kajang.

Menurut Kamarul Izlan, keputusan itu bagi mengelak salah faham antara pengurus kedai dan penjaja di bazar tersebut. Ia juga bagi mengelakkan kesesakkan lalulintas di kawasan komersial itu.

Ekoran daripada keputusan itu, penguatkuasa MPKj telah menutup Jalan Reko Sentral 2 bagi memastikan penjaja tidak dapat mendirikan gerai mereka dan menghalang sebarang usaha untuk menghidupkan kembali bazar itu.

Beberapa blog cuba mengeksploitasikan keputusan itu dengan mendakwa ia dibuat oleh Exco bukan Islam Kerajaan Selangor iaitu Teng, Speaker Dewan Negeri Selangor (DNS), Hannah Yeoh dan dua Exco Kerajaan Negeri, Ean Yong Hian Wah dan Elizabeth Wong.

Di dalam responsnya hari ini, Teng berkata sejak mengalas tugas pada hari pertama, beliau telah berkali-kali berkata akan memberi kepercayaan penuh kepada PBT, Yang dipertua dan Datuk Bandar bagi menguruskan hal ehwal kawasan masing-masing.

“Setakat ini saya masih berpegang teguh kepada prinsip tersebut dan tidak pernah saya campurtangan dalam apa-apa keputusan yang dibuat oleh PBT,” katannya selepas program walkathon ‘Charity Walk – The World My Homeland’ di Taman Botani Negara di sini.

walkathon taman botani peserta cina 01

Tiada ulasan: