Rabu, 3 Julai 2013

Hasil 2008-2012 Meningkat RM1.51 ke RM1.95 Bilion Setahun, Hasil Bukan Cukai Tunjuk Potensi


MB DUN 07

SHAH ALAMI: Kerajaan Negeri berjaya meningkatkan hasil yang dipungut setiap tahun daripada RM 1.516 bilion pada 2008 kepada RM 1.952 bilion pada 2012.

Pertambahan itu juga menunjukkan sumber dari hasil bukan cukai mencatatkan peningkatan paling ketara dari RM 678 juta setahun pada 2008 melonjak kepada RM 1.146 bilion setahun pada 2012.

Ini sekaligus menjadi suatu sumber berpontensi sebagai penjana pendapatan Kerajaan Negeri pada masa depan.

Menurut Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, hasil cukai turut meningkat dari RM 495 juta setahun pada 2008 kepada RM 553 juta setahun pada 2012.

Manakala terimaan bukan hasil pula RM 343 juta pada 2008 jatuh kepada RM 255 juta pada 2012.

“Hasil bukan cukai adalah hasil yang berpontensi jana pendapatan negeri iaitu dari hasil premium tanah dan juga royalti oleh mereka yang menggunakan sumber negeri,” ujar Abdul Khalid ketika berucap di Sidang Dewan Negeri Selangor (DNS) hari ini

Abdul Khalid menambah lagi, Kerajaan Negeri akan mengemukakan cadangan kepada Majlis Kewangan Negara agar cukai pendapatan yang dikutip Kerajaan Persekutuan di Selangor dikembalikan melalui penarikan cukai.

Tiada ulasan: