Jumaat, 19 Julai 2013

Harga ayam diturunkan RM7.70


HASSAN-MALEK
Hasan Malek
 
PUTRAJAYA - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan menurunkan harga ayam dari harga purata runcit RM8.40 sekilogram kepada RM7.70 sekilogram.

Harga ini akan dikuatkuasakan selama 17 hari bermula 26 Julai hingga 11 Ogos 2013.

Menterinya, Datuk Hasan Malek berkata, ayam adalah antara 20 senarai barangan harga kawalan bagi Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Hari Raya Puasa 2013.

"Peniaga diwajibkan menjual barangan harga terkawal tidak melebihi harga maksimum.

"Peniaga juga perlu meletakkan tanda harga berwarna merah jambu ke atas barangan harga terkawal bagi membezakan dengan barang-barang lain," katanya dalam sidang media sebentar tadi.

Katanya, bagi mana-mana peniaga yang melakukan kesalahan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011, mereka boleh dikenakan denda sehingga RM100,000 atau dipenjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

"Selain itu peniaga itu juga boleh di kompaun sehingga RM50,000.

"Manakala bagi syarikat yang melakukan kesalahan boleh didenda sehingga RM500,000 atau di kompaun sehingga RM250,000," katanya.

Tiada ulasan: