Selasa, 2 Julai 2013

Halang guru komen politik tak demokratik – Fariz Musa

Azuan Ab Rahman

KUALA LUMPUR: Kenyataan Pengarah Pelajaran Johor, Mohd Nor Ghani bahawa guru besar dan guru di negeri itu tidak dibenarkan mengeluarkan kenyataan mengkritik kerajaan di facebook adalah tindakan tidak demokratik.

“Dahulu, golongan inilah yang paling ramai masuk politik. Tujuan mereka hanya mahu berkhidmat untuk masyarakat.

SITC

"Namun sekarang jika menyokong dan berpihak kepada Pakatan, ia dihalang. Ini berat sebelah,” kata ketua penyelaraws Jingga 13, Fariz Musa kepada Keadilandaily.

Semalam, Pengarah Pelajaran Johor, Mohd Nor Ghani dalam sebuah forum pendidikan mengingatkan guru besar dan guru di negeri ini supaya tidak mengeluarkan kenyataan mengkritik kerajaan di Facebook.
fariz musa
Ia kononnya bagi mengelakkan mempengaruhi pelajar dan mengelak dari mencipta ‘masalah untuk diri sendiri’.

Lapor Sin Chew Daily hari ini, Jabatan Pelajaran Negeri Johor akan membentuk pasukan khas dan memantau kandungan yang dimuat naik di laman Facebook atau sosial mereka.

“Sepatutnya beliau bersikap lebih profesional. Lupakah beliau bahawa golongan guru lah yang bakal mencorak anak-anak murid?

“Bila guru tidak lagi bebas mengkritik, maka kualiti seorang guru itu merosot dan ini terkesan kepada anak muridnya,” kata Fariz yang juga merupakan bekas guru.

Tiada ulasan: