Khamis, 25 Julai 2013

Hakim rayuan kes Fitnah II disebut dalam video VK Lingam

Oleh Sidiqin Omar

KUALA LUMPUR: Seorang daripada tiga panel hakim rayuan kerajaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang melepas dan membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim Fitnah II ialah Datuk Ramly Mohd Ali.

Datuk_Ramly_Ali
Datuk Ramly Mohd Ali (Sumber gambar: www.kehakiman.gov.my)

Ramly (atas) adalah hakim yang membenarkan permohonan rayuan Datuk Zambry Kadir terhadap keputusan Mahkamah Tinggi berhubung status Menteri Besar Perak.

Nama Ramly juga pernah disebut dalam rakaman video Hakim VK Lingam yang mencetuskan kontroversi pada 2007.

“Ada kemungkinan dia (Ramly) dilantik untuk memastikan Datuk Seri Anwar Ibrahim kalah, ” kata ahli parlimen Batu, Tian Chua.

Selain Ramly, dua lagi hakim Mahkamah Rayuan Putrajaya terdiri daripada Tengku Maimun Tuan Mat dan Mohd Zawawi Salleh.

shafee
Sementara itu, Tian menambah, pelantikan Shafee Abdullah (kiri) sebagai ketua pasukan pendakwaan adalah pincang kerana beliau merupakan peguam BN dalam kes membabitkan krisis perlembagaan negeri Perak di mahkamah.

Dalam perbicaraan tersebut, BN diwakili Shafee dan penasihat undang-undang Umno, Datuk Hafarizam Harun.

“Pelik apabila kerajaan tidak melantik mana-mana DPP (Timbalan Pendakwaraya) dari pejabat Peguam Negara,” katanya.

Justeru kata Tian, Shafee berpotensi tidak meletakkan posisinya sebagai ketua pendakwa dengan tujuan menegakkan keadilan berikutan sikapnya yang prejudis terhadap Pakatan Rakyat dan Anwar.

“Shafee berkata dengan angkuh; dalam satu atau dua jam, dia boleh seksa Anwar.

“Jelas ada unsur campur tangan politik dalam kes rayuan ini. Seolah ada niat untuk melanjutkan konspirasi,” kata Tian.

Tiada ulasan: