MTAR ONLINE
PETALING JAYA: Empat gadis Islam yang tidak dibenarkan menyertai pertandingan merebut gelaran 'Miss World Malaysia 2013' adalah dari keluarga berdarah campuran.
Wafa Johanna De Korte, 19, berketurunan Belanda dan Melayu dan dibesarkan di Kuala Lumpur.
Wafa Johanna, mula terlibat dalam iklan televisyen sejak berusia lima tahun.
Dia amat menggemari kepelbagaian budaya dan latar belakang kaum di Malaysia.
"Semua orang hidup aman dan ia amat menakjubkan untuk melihat kita hidup harmoni," katanya.
Sara Amelia Muhammad Bernard, 20, dari Ipoh, berkata ibunya berdarah kacukan British dan Melayu manakala bapanya, Iban-Jerman.
Sara Amelia memulakan karier sebagai model apabila menyambung pengajian di Kolej Taylor Sri Hartamas.
"Saya mempunyai rakan-rakan dari pelbagai kaum dan mempunyai peluang untuk belajar mengenai adat dan kepercayaan. Saya juga menyukai kepelbagaian makanan di Malaysia," tambahnya.
Miera Sheikh, 19, gadis kacukan Melayu dan Arab, menetap di Singapura ketika kecil sebelum berpindah semula ke Malaysia bersama ibu bapanya.
Dia berkecimpung dalam bidang peragaan sejak di Tingkatan 3.
Kathrina Ridzuan, 23, berdarah campuran Inggeris dan Melayu serta pernah muncul sebagai model dalam beberapa iklan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan