Isnin, 22 Julai 2013

Empat didakwa culik lelaki diconteng ‘Saya hina Islam’


Bahasa

OLEH JENNIFER GOMEZ

Empat lelaki yang dituduh menculik dan mencederakan seorang anak muda Cina sebelum menconteng “Saya hina agama Islam” didadanya didakwa menculik di mahkamah Shah Alam hari ini.

Mereka adalah Asri Mohamad Jamil, 22, Mohd Mazli Sazeli, 26, Zulkarnain Abdul Rahman, 29 dan Agus Hariyanto Mahmod Hosen, 27, didakwa melakukan kesalahan itu di Restoran Muneer di Seksyen 25 pada 15 Julai pada 4.30 pagi.

Tiada pengakuan direkodkan.Mereka didakwa mengikut Seksyen 3 Akta Penculikan 1961 yang boleh membawa hukuman maut.

Semasa prosiding, peguam suspek memberitahu Nurul Shahida Zainal anak guamnya mengadu dicederakan semasa dalam tahanan.

Majistret kemudian mengarahkan dua daripada suspek melakukan pemeriksaan kesihatan.

Ketika dibawa masuk ke mahkamah, dua daripada mereka menjeritkan “Allahuakhbar” selama beberapa kali sementara seorang lagi tertuduh kelihatan menangis.

Keluarga mereka juga kelihatan sangat emosi.

Dilaporkan mangsa Ng Mun Tatt (gambar), 21 telah mengatakan beliau diculik kerana wang dan perkataan “Saya hina agama Islam” merupakan taktik oleh penculik agar beliau dipukul oleh orang awam jika mahu melarikan diri.

Gambar dada Ng yang diconteng tersebar ke internet.

Tiada ulasan: