Roketkini.com
GELANG
PATAH,: DAP Johor semalam mengagihkan sumbangan kurma kepada
peniaga dan pengunjung Bazaar Ramadhan, Taman Nusa Perintis, Gelang
Patah.
Sumbangan sempena Ramadhan itu disampaikan Ahli Parlimen DAP Gelang Patah, Lim Kit Siang dan ADUN DAP Skudai, Dr Boo Cheng Hau.
Menurut Kit Siang, sumbangan ikhlas itu adalah untuk
menyemarak dan mengimarahkan lagi sambutan Ramadhan untuk majoriti
rakyat yang beragama islam.
“Pemberian itu sebagai tanda keprihatinan DAP dan Pakatan
Rakyat khasnya untuk masyarakat yang beragama islam, penduduk dan
peniaga tanpa pengira fahaman politik dan kaum.
“Ini juga merupakan peluang untuk kita mendekati,
berinteraksi dan sama-sama menghayati bulan penuh kemuliaan ini,”
katanya ketika ditemui setelah selesai mengagihkan kurma,” katanya yang
juga Ketua Parlimen DAP.
Dr
Boo pula berkata, ia sudah menjadi tanggungjawab wakil rakyat untuk
sentiasa peka dan menjaga keakraban bersama rakyat supaya mereka berasa
lebih dihargai.
“Walaupun PRU sudah dua bulan berakhir, tapi itu bukan
bermakna kita boleh lepas tangan. Kita akan terus menerus berusaha
membantu rakyat antaranya menerusi bantuan seperti ini serta pembangunan
sosial dan sahsiah,” ujarnya yang juga Pengerusi DAP Johor.
Rata-rata pengunjung dan peniaga memberi maklum balas
positif bukan saja kerana dapat bertemu lebih erat dengan pimpinan DAP
tapi juga tidak menyangka dihargai sedemikian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan