Ahad, 21 Julai 2013
Caj hantar bungkusan ke luar negara naik mendadak
Roketkini.com
IPOH: Caj menghantar bungkusan ke luar negara naik mendadak berbanding harga asal kira-kira dua bulan lalu. Ahli Parlimen DAP Batu Gajah, V Sivakumar berkata, yang menerima banyak aduan daripada ibubapa yang anak mereka menuntut di luar negara mengenai kenaikan cah penghantaran itu.
Katanya, kenaikan mendadak itu adalah tidak rasional dan amat membebankan pelanggan Pos Malaysia.
“Sebagai contoh, dalam enam bulan lalu, penghantaran bungkusan ke Moscow, Russia melalui jalan laut seberat 10 kilogram dikenakan caj sehingga RM100.
“Kini, caj bungkusan seberat 10 kilogram ke Moscow melalui jalan laut dikenakan caj RM345 dengan caj tambahan RM15 bagi setiap 500 gram berikutnya,” jelas beliau.
Menurut Sivakumar yang juga Timbalan Pengerusi DAP Perak, kenaikan kos ini memang tidak rasional, tambahan pula waktu yang diambil untuk barang yang dihantar itu mengambil masa antara tiga dan enam bulan.
“Kenaikan caj perkhidmatan menghantar bungkusan itu amat membebankan ibu bapa yang menghantar makanan dan barang keperluan kepada anak mereka yang belajar di luar negara. Ini adalah satu perkara yang tidak logik dan perlu diambil perhatian serius oleh Jabatan Perdana Menteri.
Sehubungan itu, beliau mendesak agar kerajaan mempertimbangkan perkara itu dan menyusun semula caj penghantaran bungkusan ke luar negara dan tidak membebankan pelanggan Pos Malaysia.
“Pengurangan kos secara langsung dapat membantu meringankan kos ibu bapa, pelajar dan peniaga yang amat bergantung kepada perkhidmatan penghantaran bungkusan ke luar negara,” katanya.-Roketkini.com
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan