Jumaat, 26 Julai 2013
Cabaran pimpinan SPR bersifat partisan, kata Rafizi
Cabaran supaya mengulangi secara khusus nama pimpinan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam isu dakwaan berkaitan dakwat kekal di luar Dewan Rakyat, ketara bersifat partisan, kata Rafizi Ramli (gambar).
Beliau mendakwa Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dan Datuk Wan Ahmad Wan Omar tidak profesional apabila menggunakan perkataan 'anak jantan' yang kedengaran lebih agresif berbanding sebahagian ahli politik lain.
Pengarah Strategi PKR itu juga sudah mengulangi kenyataannya di luar Dewan Rakyat dan ia mencukupi untuk mereka mengambil tindakan undang-undang.
Sebaliknya, Ahli Parlimen Pandan itu, berkata kedua-dua pemimpin SPR itu bersembunyi melalui isu cabar-mencabar lantaran gagal menjawab persoalan yang berlegar di fikiran rakyat.
"Tidak timbul soal cuba mengelak dari persoalan sebenar dengan cabar mencabar - 'siapa lebih anak jantan' seperti yang dimainkan kedua-dua pemimpin SPR itu.
“Isu sebenarnya ialah kegagalan SPR mengendalikan pilihan raya dengan adil, bebas dan telus. Ini dibuktikan dengan pelbagai laporan dan dakwaan terhadap mereka terutama kegagalan pelaksanaan dakwat kekal.
“Keterlibatan pimpinan SPR dalam proses itu juga saya persoalkan kerana ia menghakis keyakinan rakyat kepada kredibiliti dan kebebasan SPR,” katanya.
Rafizi berkata, mereka gagal bertanggungjawab sepenuhnya dari kegagalan dakwat kekal sehinggalah kepada pelantikan pembekal melalui rundingan terus.
Semalam, The Malaysian Insider melaporkan Abdul Aziz mencabar Rafizi mengulangi tuduhan berkaitan pembekal dakwat kekal di luar Dewan Rakyat kerana mereka tidak dapat menjawabnya di Dewan Rakyat.
Beliau memberi masa seminggu untuk Rafizi mengulangi semula kenyataan berkenaan
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan