Selasa, 9 Julai 2013

BN pilih Tengku Zaihan sebagai calon PRK Kuala Besut

THE MALAYSIAN INSIDER
 
Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman sebagai calon Barisan Nasional (BN) untuk pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut.

Timbalan perdana menteri membuat pengumuman itu di Kuala Besut, Terengganu.

PAS akan mengumumkan calon mereka malam nanti.

Tangku Zaihan adalah Ketua Penolong Pengarah Jabatan Pengaliran dan Saliran (Bahagian Korporat). Beliau berumur 37 tahun dan mempunyai kelulusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam dari Universiti Sains Malaysia (USM).

Beliau adalah anak tempatan dan bekas jurutera JPS daerah Besut.

Dr A Rahman Mokhtar, Adun Kuala Besut meninggal 26 Jun lalu selepas 50 hari menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) untuk penggal kedua. Ia menyebabkan PRK terpaksa diadakan.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan penamaan calon pada 12 Julai dan hari mengundi 24 Julai ini.


Pada PRU13, allahyarham memperolehi 8,809 undi sementara calon PAS, Napisah Ismail mendapat 6,375 undi. Majoriti Allahyarham adalah 2,434 undi.

Daripada 14 pilihan raya sebelum ini, pembangkang iaitu PAS menang empat kali iaitu 1959, 1969, 1974 dan 1999 manakala yang lainnya dimenangi BN.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dijangka mengumumkan calon pilihan mereka malam ini.

Antara yang disebut-sebut bakal mewakili PAS ialah Azlan Yusof, 48; Setiausaha Majlis Syura Ulama, Nik Zawawi Salleh dan Yang Dipertua PAS Besut, Wan Azhar Wan Ahmad

Tiada ulasan: