Jumaat, 12 Julai 2013

Banteras Rasuah; Keyakinan Rakyat Merosot

Editor BULETIN

http://buletinonline.net/images/stories/aberita23/spr.jpgRakyat Malaysia semakin kurang yakin terhadap usaha kerajaan negara itu membanteras gejala rasuah, menurut tinjauan terbaru Transparency International (TI), pada 2010 menunjukkan bahawa 49 peratus daripada 1,000 rakyat Malaysia yang ditinjau percaya kerajaan Malaysia berjaya memerangi rasuah.

Namun, perangkaan tersebut turun kepada 31 peratus dalam tinjauan tahun ini, lapor portal berita The Malaysian Insider (TMI), sambil memetik laporan dapatan kajian TI itu.

Malah, dapatan pertubuhan bukan milik kerajaan (NGO) antarabangsa itu juga menunjukkan bahawa polis dan parti-parti politik ditanggapi rakyat Malaysia sebagai institusi paling banyak mengamalkan rasuah di negara tersebut.

Polis mencecah paras 4.0 manakala parti-parti politik mencecah bacaan 3.8 pada skala ukuran rasuah yang disediakan TI, dengan paras lima menandakan ukuran paling rasuah, menurut kajian berkenaan.

"Adakalanya pelaksanaan oleh kerajaan memakan masa," kata Datuk Akhbar Satar, presiden cawangan TI-Malaysia, ketika mengulas dapatan itu.

"Rasuah terus berjalan kerana pihak awam rela memberi rasuah," ujarnya.

Beliau, bagaimanapun, menambah bahawa hanya 3 peratus daripada mereka yang ditinjau memberi rasuah sepanjang 12 bulan lalu, yang menurutnya, adalah lebih rendah berbanding Filipina (12 peratus, Thailand (18 peratus) dan Indonesia (36 peratus).

Tahun ini, Tinjauan Barometer Rasuah Global TI meninjau 107 negara di seluruh dunia.

Tiada ulasan: