KL TODAY
PETALING
JAYA: Ketika mana pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES)
masih berdepan dengan pelbagai masalah dan rintangan, bank-bank sedang
mengejar dua syarikat pengendali, Beta Tegap Sdn Bhd dan Automated
Traffic Enforcement System (ATES) Sdn Bhd.
Kedua-dua
syarikat ini dikejar oleh bank-bank kerana gagal membuat bayaran balik
pinjaman mengikut jadual akibat ditimpa masalah aliran tunai berjumlah
jutaan ringgit, lapor The Edge.
Mengikut
kontrak yang ditandatangani dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ),
kedua-dua syarikat ini harus menyediakan perkhidmatan kepada unit
penguatkuasaan JPJ secara berterusan, tanpa gangguan.
Mereka
sepatutnya menyediakan perkhidmatan itu kepada JPJ sejak bulan
September lalu sehingga tamat tempoh lima tahun kontrak di mana
penyerahan peralatan akan dilakukan.
Menurut
sumber, sebuah bank komersial terkemuka, mengambil tindakan membeku
akaun salah sebuah syarikat itu apabila gagal membuat bayaran balik
pinjaman.
Beta Tegah
dan ATES telah berusaha untuk mengadakan rundingan dengan Kementerian
Pengangkutan dan JPJ tentang masa depan projek itu berikutan masalah
kekangan aliran tunai.
Carian di
laman sesawang Suruhanjaya Syarikat Malaysia mendapati Beta Tegap
sedang menanggung kerugian terkumpul sebanyak RM7.62 juta pada tahun
kewangan berakhir 30 Jun 2012.
Jumlah
saham modal yang dikeluarkan Beta Tegap ialah sebanyak RM19 juta.
Empat pemegang saham syarikat ini terdiri daripada Tan Sri Nik Ismail
Nik Mohamed, Yap Kim See@Yap Ai Lin, Rozana Redzuan dan Adreas Teoh.
Rozana ialah pemegang saham terbesar dan beliau adalah anak kepada seorang tokoh Umno dari negeri Johor.
Sementara
kedudukan kewangan ATES tidak diketahui kerana syarikat itu hanya
menghantar akaun sehingga Mei tahun lalu. Para pemegang sahamnya ialah
pengarah syarikat Chee Chwee Cheong dan A.T.E.S. Sdn Bhd.
Selain
dari Chee, pengarah lain ATES ialah Lawrence Foong, yang merupakan bapa
mertua Chee. Chee adalah pengasas syarikat perunding Etos Consulting,
di mana Omar Mustapha adalah rakan kongsinya. Omar pula ada hubungan
rapat dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Dari segi
pembahagian kawasan operasi, perkhidmatan Beta Tegap meliputi Kuala
Lumpur, Putrajaya, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan
Terengganu.
Sementara kawasan operasi ATES pula meliputi negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Sarawak, Sabah dan Labuan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan