KEADILAN DAILY
KUALA LUMPURI: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan ahli parlimen BN Simpang Renggam, Liang Teck Meng bahawa laman Wikileaks pernah menerbitkan laporan bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak terlibat dalam kes pembunuhan Altantuya.“Yang Berhormat Simpang Renggam harus ingat. Yang melibatkan YB Pekan itu melibatkan Wikileaks.
“Wikileaks mengandaikan Pekan (Najib) terlibat dalam pembunuhan Altantuya.
“Yang melibatkan akaun di Israel yang mengaitkan saya, tidak disebut Wikileaks,” kata Ahli Parlimen Permatang Pauh itu dalam ucapannya di Dewan Rakyat pagi tadi.
Liang di Dewan Rakyat semalam mendakwa Anwar mempunyai 20 akaun di bank-bank di Israel, Amerika Syarikat, Singapura dan China dengan jumlah mencecah RM209 juta (USD66 juta).
Anwar kemudianya meminta Liang bangun untuk memberi penjelasan, namun tiada jawapan.
“Tidak ada sama sekali rujukan dalam Wikileaks. Simpang Renggam harus ingat tiada disebut (pendedahan) dalam Wikileaks,” katanya.
“Masa berucap tak berani bagi pencelahan, yang (dia) berani menjerit dari bawah. Saya bagi ruang, kalau dia nak bangun, sila bangun,” cabar Anwar di Dewan Rakyat.
Justeru, Anwar bercadang merujuk Liang ke jawatankuasa hak dan keistimewaan parlimen atas dakwaan menyalahguna kekebalan berhujah di Parlimen.
Bercakap kepada pemberita di lobi Parlimen, Anwar menyatakan untuk mengemukakan saman ke atas penerbitan yang menyiarkan dakwaan Liang tanpa menyiarkan jawapan balasnya hari ini.
“Kita semak tidak ada. Ini menunjukkan bukti yang luput. Tidak ada asas sama sekali. Dia kata Wikileaks tetapi bila disemak (mungkin) dia ambil daripada blog Umno,” kata Anwar
Tiada ulasan:
Catat Ulasan