Isnin, 1 Julai 2013

1.04 Juta Pengundi Selangor Pilih Pakatan Rakyat


azmin

 SHAH ALAM : Seramai 1.04 juta daripada jumlah 1.7 juta pengundi di peringkat DUN Selangor memberikan sokongan kepada Pakatan Rakayt(PR) dalam Pilihan Raya Umum Ke 13 (PRU-13) baru-baru ini, meningkat empat peratus berbanding pilihan raya pada 2008 lalu.

Menurut Adun Bukit Antarabangsa, Azmin Ali mandat besar yang diberikan rakyat kepada PR ini merupakan satu manifestasi rakyat Selangor menuntut dasar pentadbiran yang berteraskan prinsip tata kelola yang baik (good governance), kepimpinan berintegriti dan prinsip kebertanggungjawaban serta ketelusan dalam membuat keputusan.

“Muafakat utuh di antara komponen PR di Selangor berjaya mencatatkan 60 peratus undi popular berbanding BN yang hanya menerima 40 peratus,” katanya ketika membahaskan Titah Ucapan Persamian DYMM Sultan Selangor dalam Mesyuarat Kedua, Persidangan Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor ke 13 di sini.

Azmin juga memberitahu dewan, dari jumlah 1.04 juta itu, 298 ribu rakyat memberikan sokongan dengan memilih parti DAP, 367 ribu memilih parti PAS dan sejumlah 373 ribu rakyat memilih PKR bagi menerajui pentadbiran Kerajaan Negeri dan meneruskan kecemerlangan yang dikecapi sebelum ini.

Selain itu, Azmin turut meneruskan desakan PR yang mahukan agar Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) meletakkan jawatan ekoran kecurangan dan penipuan yang berlaku sepanjang PRU-13 berlangsung.

“PKR dan PR mendapat 51 peratus undi popular disebalik kecurangan dan penipuan dalam proses pilihan raya yang ditaja oleh SPR.

“Isu dakwat kekal yang tidak kekal, orang asing diberikan kelayakan mengundi, lebih 60,000 pemilih berstatus ‘dubious voters’, wujudnya pengundi yang mengundi 2 kali, media yang tidak bebas dan sogokan wang tunai untuk membeli undi,” ujar beliau lagi.

Tiada ulasan: