Sabtu, 25 Ogos 2012

Ustaz Don-Husna selamat diijab kabul

RAZIATUL HANUM A RAJAK

Ustaz Don-Husna selamat diijab kabul
Ustaz Don dan Husna menjadi tumpuan anggota keluarga dan rakan selepas majlis pernikahan pagi semalam. - Foto ihsan Beautifulnara
 
Ustaz Don-Husna selamat diijab kabul
Kad majlis perkahwinan Ustaz Don dan Husna. - Foto ihsan melyssanadiea.blogspot.com
 
[DIKEMAS KINI] SHAH ALAM - Pengacara program 30 Minit Ustaz Don, Don Daniyal Don Bijayid selamat bernikah semalam, di Pulau Pinang, dengan wanita pilihannya, Husna Mohd Zahry.

Majlis pernikahan itu berlangsung dalam suasana sederhana tanpa liputan besar-besaran.

Dalam kenyataannya dipetik Amin Idris Personaliti Al-Hijrah, Don, seorang penceramah bebas, berkata: "Saya hanya bersederhana. Yang penting ialah pengisian selepas kahwin."

Menurut blog hiburan Beautifulnara pula, pasangan pengantin baru itu bakal bersanding 1 September ini.

Husna seorang penuntut tahun kelima jurusan perubatan di Universiti Kaherah, Mesir.

Pasangan yang nampak cantik berseri-seri dalam persalinan berwarna putih itu turut menerima banyak ucapan tahniah daripada peminat dan rakyat Malaysia menerusi laman-laman sosial.

Awal Mei lalu, beliau mengakui bahawa dirinya sudah pun bertunang selepas tersebarnya gambar majlis pertunangan mereka. Majlis pertunangan dikatakan diadakan Mac lalu.

Tiada ulasan: