Jumaat, 24 Ogos 2012

Ummi dakwa Azwan bagai ‘lalang’

KL TODAY

 

Pertelingkahan dalam keluarga yang mempunyai ahli politik, YB Azmin Ali, selebriti, Azwan Ali, serta ahli perniagaan, Ummi Hafilda Ali itu seperti tidak berakhir. Ummi Hafilda seperti tidak menghiraukan apa yang dinyatakan oleh Azwan Ali menerusi laman sosial Twitter miliknya semalam.

Semalam MyNewsHub ada membangkitkan isu berkenaan kenyataan Azwan (baca di sini) yang akan mendedahkan ‘sesuatu’ yang dinyatakan oleh Ummi berkenaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 4 Mei lalu di kediaman ibu mereka.

Justeru, MyNewsHub telah menghubungi Ummi bagi mendapatkan kepastian serta maklumbalas berkenaan kenyataan Azwan itu.

Menurut Ummi, dia sedikit pun tidak menghiraukan apa yang disampaikan oleh Azwan itu dan menganggap kenyataan Azwan itu seperti ‘omong kosong’.

“Bagi saya itu bukan isu yang penting. Biarlah dia nak cakap apa pun,” kata Ummi sewaktu dihubungi MyNewsHub semalam.

Ujarnya lagi, dia tidak memberi sebarang kenyataan atau komen berkenaan Najib pada 4 Mei lalu.
“Maaf saya katakan, dia (Azwan) tu macam lalang. Baik dia cerminkan diri dia,” kata Ummi.

Selain itu, Ummi turut mempertahankan berkenaan isu luahan isi hati ibu mereka, Hajah Che Tom yang kecewa dengan sikap anaknya, YB Azmin Ali yang dipaparkan oleh TV3 pada 5 Mei lalu.

Tambah Ummi, kenyataan ibunya itu adalah luahan hati seorang ibu yang kecewa dengan sikap seorang anak.

“Hati ibu saya hancur, tersentuh dengan sikap Azmin,” jelas Ummi.

Kini, semua pihak hanya mampu menunggu apa yang ingin didedahkan oleh Azwan sebaik Parlimen Malaysia dibubarkan.

Apa yang boleh dijangkakan, perkara yang bakal didedahkan oleh Azwan itu ada berbaur politik.

Sama-sama kita nantikan!

Tiada ulasan: