Selasa, 14 Ogos 2012

Tiga lagi MP BN akan lompat, dakwa Lajim



 
Ahli Parlimen Beaufort, Datuk Lajim Ukin -  yang telah keluar BN dan mengisytiharkan sokongan kepada Pakatan Rakyat - mendakwa tiga lagi ahli parlimen BN akan lompat parti selepas Hari Raya.

Beliau memberitahu organ PKR - Keadilan Daily - bahawa mereka akan berbuat demikian secara berperingkat beberapa bulan lagi.

“Ini (keluar parti) bukan spekulasi atau desas-desus tetapi sesuatu yang benar. Bagaimanapun kita tidak akan dedahkan secara terperinci identiti mereka.

“Mereka akan umum keluar parti dan sokong Pakatan secara berperingkat-peringkat selepas sambutan Aidilfitri sehingga Parlimen dibubar,” katanya kepada Keadilan Daily.
Menurut Lajim lagi, seramai 18 daripada 35 ahli jawatankuasa Umno bahagian Beaufort menuruti langkahnya meletak jawatan dan mempromosi Pakatan Perubahan Sabah (PPS) yang menyokong Pakatan.

“Beberapa lagi ketua cawangan Umno Sabah, bekas wakil rakyat dan pemimpin yang pernah menjadi menteri juga akan keluar parti .

“Pengumuman itu akan dilakukan pada masa sesuai,” katanya.

7 ulasan:

Mumbai berkata...

boleh percaya ka cakap si Lajim ni? dari awal tahun dia asyik nafi yang kononnya dia akan keluar meninggalkan parti.. akhirnya dia keluar juga.. bukankah ini menunjukkan bahawa beliau adalah seorang penipu..

Mumbai berkata...

kalaupun dakwaan beliau itu benar, tindakan ketiga2 MP BN ini boleh dipersoalkan.. kenapa keluar ketika dekat2 PRU? mereka telah dijanjikan jawatan ka atau merajuk kerana tidak dicalonkan?

Mumbai berkata...

saya yakin bahawa tindakan beberapa pemimpin2 BN keluar meninggalkan parti ini tidak akan membawa kesan serius kepada BN Sabah.. situasi seperti ini bukan pertama kali berlaku.. sebelum ini bukan setakat MP yang keluar, malah dengan parti sekali keluar dari BN.. namun masih tidak mampu menjejaskan kedudukan BN Sabah..

Tanpa Nama berkata...

Tentu yang mau tinggalkan BN tu ada agenda tersendiri atau sudah 'dibeli'.

Tanpa Nama berkata...

Bn tidak halang mereka yang ingin keluar sebab BN tidak perlukan mereka yang tiak sehaluan dengan perjuangan telus BN.

mantera berkata...

biarlah mereka nak lompat, ikut jejak c Lajim.

Sanih Alias berkata...

Lompat seperti Lajim. Kalau Lajim memang penduduk Sabah faham sudah kenapa dia bertindak sedemikian. Ini kerana dijanjikan sesuatu jawatan tertinggi.