PETALING JAYA : Pakatan Rakyat bersedia memberikan laluan kepada dua mantan ahli Umno-BN Sabah mempertahankan kerusi masing-masing dengan syarat menyokong dasar bersama yang ditetapkan pada pilihan raya umum(PRU-13).
Perkara ini dimaklumkan sendiri oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu sidang media di Ibu Pejabat PKR pagi tadi.
Dua mantan ahli Umno-BN yang dimaksudkan adalah bekas Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Lajim Ukin dan Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Wilfred Bumburing.
Selain tiga komponen utama Pakatan Rakyat, PAS, DAP dan PKR, mereka turut diberikan keistimewaan memilih tiket bertanding bersama parti politik tempatan di negeri tersebut yang menyokong pembangkang dengan persetujuan pemimpin utama parti berkenaan.
Menurut Anwar, PKR sedia memberi laluan kepada Lajim dan Bumburing sekiranya mereka mahu bertanding di kerusi milik parti itu.
“Mereka boleh bertanding malah ada pilihan sama ada kerusi PKR, PAS atau DAP. atau mana-mana parti yang menyokong dasar Pakatan. Tapi dengan persetujuan dengan pemimpin parti.
“Malah PKR sedia untuk berikan kerusi kepada orang baru dalam Pakatan Rakyat ini jika mereka komited dengan agenda kita,” katanya lagi.
4 ulasan:
Kedatangan Lajim dan Bumburing sangat dialu-alukan oleh pembangkang sampai diberikan keistimewaan.
Bumburing masih boleh dipercayai tetapi Lajim?? No! No! No!
Dengar2 Ghapur pun bakal keluar BN. Kenapalah semua yang mahu keluar pun yang sudah expired? Opportunists.
PR ingin menjalinkan kerjasama dgn Lajim dan Bumburing.
Catat Ulasan