Pahang adalah negeri kurang mendapat perhatian pemerhati politik semasa mereka membuat ramalan keputusan PRU 13. Setakat ini, tidak satu pun ramalan yang mengatakan Pahang akan jatuh ke tangan Pakatan Rakyat.
Ramai yang menjangka perubahan akan berlaku di negeri-negeri Selatan Semenanjung dalam PRU 13.
Kemungkinan disebabkan banyaknya kerusi campuran di Johor, Melaka dan
Negeri Sembilan. Walaupun ada kerusi campuran di Pahang , namun tidak
sebanyak di negeri Selatan Semenanjung.
Seperti juga negeri Pantai Timur Semenanjung iaiatu Kelantan dan
Terengganu, kebanyakan kerusi di Pahang mempunyai majoriti pengundi
Melayu lebih 70 peratus. Justeru itu, ramai yang menjangkakan BN akan
mudah menawan negeri ini , tambahan pula hampir semua kawasan majoriti
Melayu mempunyai kawasan kubu kuat UMNO iaitu Felda.
Selain felda , Orang Asli yang menjadi pengundi tetap BN dalam setiap
pilihanraya mempunyai jumlah yang agak ramai di setiap dun di Pahang.
Purata 5 – 10% daripada jumlah pengundi adalah pengundi Orang Asli.
Sungguhpun begitu, perlu diingat bahawa Pahang mempunyai kelebihan dari
segi jumlah sokongan pengundi Melayu kepada PR yang lebih tinggi
berbanding negeri Selatan Semenanjung. Sokongan pengundi Melayu kepada
PR di Pahang menjangkau purata 30 hingga 55 peratus.
PAS pernah menang 6 kerusi pada PRU 1999 di kawasan majoriti Melayu.
Malah semasa PRU 12 , PAS menang 2 kerusi di Kuala Semantan yang
mempunyai 77% jumlah pengundi Melayu dan Baserah yang mempunyai 72%
jumlah pengundi Melayu.
Tidak seperti negeri-negeri di Pantai Barat Semenanjung , sokongan
pengundi Cina kepada PAS dan PKR semasa PRU 12 puratanya kurang daripada
55% tidak seperti sokongan kepada DAP yang mencecah purata 70%. Pada
PRU 12 , DAP kekal menang di Triang dan merampas Tras dari BN.
Berdasarkan jangkaan sokongan pengundi Cina yang akan bertambah kepada
PR, banyak kerusi yang mempunyai kurang 70 % jumlah pengundi Melayu akan
menghadapi persaingan sengit antara PR dan BN.
DAP dijangka mudah mengekalkan kemenangan di Triang dan Tras, malah
akan menambah kerusi di Bilut, Ketari , Sabai dan Mentakap yang
mempunyai jumlah pengundi Melayu kurang 50%. DAP juga dijangka menang di
Tanah Rata yang sebelum ini dimenangi calon bebas.
DAP juga berpeluang menang kerusi Parlimen Cameron Highlands dan Raub yang mempunyai jumlah pengundi Melayu kurang 50%.
Isu Lynas yang panas di Kuantan memberi peluang besar kepada PKR untuk
menang di kerusi Dun Semambu dan Teruntum , serta mengekalkan kerusi
parlimen Kuantan dan Indera Mahkota.
Sokongan pengundi Cina yang akan bertambah kepada PR memberi peluang
kepada PKR di kerusi Dun Ceka dan Benta dalam parlimen Lipis, Damak
dalam parlimen Jerantut , Lanchang dalam parlimen Temerloh serta
Jenderak dalam parlimen Kuala Krau. PKR juga dijangka menang di Parlimen
Bentong.
Sokongan pengundi Cina yang akan bertambah kepada PR juga akan membantu
PAS menang di kerusi Dun Tanjung Lumpur dalam parlimen Kuantan,
mengekalkan kerusi Dun Baserah dalam parlimen Indera Mahkota dan Kuala
Semantan dalam parlimen Temerloh. Begitu juga parlimen Temerloh, Lipis,
Bera.
Kemenangan di kerusi majoriti Melayu yang ditandingi PAS banyak
bergantung kepada kekuatan jentera PAS sendiri . Walaupun bertanding di
kawasan felda, PAS mempunyai kekuatan sokongan Melayu yang hampir
setanding dengan UMNO di beberapa kerusi Dun dan parlimen.
Antara kerusi Dun yang PAS berpeluang menang ialah Inderapura dalam
parlimen Kuantan ,Jengka dan Kerdau dalam parlimen kuala Krau, Guai
dalam parlimen Bera, Padang Tengku dalam parlimen Lipis, Tahan dalam
parlimen Jerantut serta parlimen Kuala Krau dan Jerantut.
PAS mampu menang di kerusi-kerusi ini memandang ada di antara kerusi-kerusi pernah dimenangi PAS semasa PRU 1999.
Berdasarkan faktor jumlah pengundi Cina, isu Lynas, sokongan pengundi
Melayu dan majoriti PRU12. PR berpeluang cerah menang 14 daripada 42
kerusi Dun dan 5 kerusi parlimen daripada 14 kerusi parlimen.
6
6 kerusi Dun yang DAP ada peluang cerah untuk menang :
1. Triang
2. Tras
3. Tanah Rata
4. Sabai
5. Ketari
6. Bilut
3 kerusi Dun yang PKR ada peluang cerah untuk menang :
1. Damak
2. Teruntum
3. Semambu
5 kerusi Dun yang PAS ada peluang cerah untuk menang :
1. Baserah
2. Kuala Semantan
3. Tanjung Lumpur
4. Inderapura
5. Jengka
5 kerusi parlimen yang PR ada peluang cerah untuk menang :
1. Kuantan
2. Indera Mahkota
3. Bentong
4. Cameron Highlands
5. Temerloh
Manakala PR juga ada peluang untuk menang di 9 kerusi Dun dan 5 kerusi parlimen tetapi tidak secerah kerusi di atas.
1 kerusi Dun yang DAP ada peluang untuk menang :
1. Mentakap
4 kerusi Dun yang PKR ada peluang untuk menang :
1. Ceka
2. Benta
3. Jenderak
4. Lanchang
4 kerusi Dun yang PAS ada peluang untuk menang :
1. Padang Tengku
2. Guai
3. Tahan
4. Kerdau
5 kerusi parlimen yang PR ada peluang untuk menang :
1. Raub
2. Jerantut
3. Bera
4. Lipis
5. Kuala Krau
Hanya jika menang kesemua kerusi di atas barulah PR boleh membentuk
kerajaan dengan 23 daripada 42 kerusi Dun. Keadaan sukar inilah yang
menyebabkan ramai yang tidak menjangkakan Pahang mampu ditawan PR dalam
PRU 13.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan