Rabu, 22 Ogos 2012

PATI masih menjadi masalah utama di Sabah

Roketkini.com

RANAU : Peningkatan membimbangkan pendatang asing tanpa izin (PATI) di Sabah yang dianggarkan sekitar 1.5 hingga 2 juta sehingga hari ini telah menyumbang kepada kenaikan gejala rasuah dan jenayah selain mengganggu sosio-ekonomi masyarakat negeri ini.

Memberi penekanan dalam setiap ucapannya kepada penduduk Kg Masangkong, Kg Matunggung dan Kg Kiaburi,  Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang berkata bahawa gejala rasuah, jenayah dan PATI merupakan punca utama kepada hampir kesemua masalah di Sabah.

“Penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat kemasukan pendatang tanpa izin yang diumumkan kerajaan baru-baru ini tidak akan kemana kerana kerajaan BN tidak berminat untuk menyelesaikan isu tersebut.”

Dalam laporan Roketkini sebelum ini, Ahli Parlimen Ipoh Timor itu pernah menyatakan bahawa pengumuman yang dibuat oleh Perdana Menteri Najib Razak mengeni terma rujukan RCI tidak menyatakan dengan jelas apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan oleh suruhanjaya tersebut.

“Terlalu banyak keraguan tentang pengumuman terma rujukan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai pendatang tanpa izin (PATI) di Sabah. Terma rujukannya sudah terlalu lewat dan mempunyai kuasa yang amat terhad untuk mengatasi masalah.” Ujar beliau.

Berucap kepada hadirin dalam lawatannya ke Sabah baru-baru ini, Kit Siang menegaskan bahawa hanya kerajaan persekutuan yang diterajui PR sahaja akan mampu menyelesaikan masalah ini dengan baik dan menyeluruh.

Dalam majlis yang sama, Kit Siang turut membangitkan mengenai masalah infrastruktur yang ketara walaupun selepas 49 tahun Sabah bersama semenanjung membentuk Malaysia.



“Rakyat di Sabah terus berhadapan dengan masalah jalan raya, masalah air dan ada yang langsung tidak mempunyai kemudahan bekalan air serta bekalan elektrik yang tidak menentu.”

“Sekiranya UMNO-BN merupkan kerajaan yang prihatin, masalah ini tidak akan dihadapi oleh rakyat. Tetapi mengapa ia masih berterusan?” soalnya.

Beliau mengingatkan hadirin untuk melakukan perubahan kepada kerajaan yang prihatin dan yang lebih baik dalam Pilihan Raya Umum ke 13 yang akan datang.

“Hanya pertukaran kerajaan kepada kerajaan Pakatan Rakyat sahaja yang akan memberi harapan masa depan kepada seluruh rakyat Malaysia.” ujarnya.-Roketkini.com

20 ulasan:

Unknown berkata...

RCI telahpun ditubuhkan di Sabah. diharap pelaksanaannya nanti akan berjaya untuk selesaikan masalah PATI.

Sotong Kurita berkata...

“Penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat kemasukan pendatang tanpa izin yang diumumkan kerajaan baru-baru ini tidak akan kemana kerana kerajaan BN tidak berminat untuk menyelesaikan isu tersebut.”

jika kerajaan tidak berminat, kenapa perlu bagi kerajaan membuang banyak masa untuk merancang penubuhan RCI?? baik tidak payah umumkan..

Sotong Kurita berkata...

aya yang saya tahu, Pakatan yang tidak berminat untuk menyelesaikan masalah PATI di Sabah.. sebab itu Wan Azizah tanpa rasa bersalah mengumumkan akan memberikan status PR kepada PATI di Sabah sekiranya berjaya merampas kerajaan..

Sotong Kurita berkata...

"Terlalu banyak keraguan tentang pengumuman terma rujukan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai pendatang tanpa izin (PATI) di Sabah."

keraguan itu hanya timbul dikalangan pemimpin2 pembangkang.. dan keraguan itu sengaja di cipta oleh pemimpin2 pembangkang.. seperti yang kita sedia maklum, pembangkang tidak pernah bersetuju dengan apa sahaja tindakan2 kerajaan walaupun tindakan itu hasil dari cadangan mereka sendiri..

Sotong Kurita berkata...

"Terma rujukannya sudah terlalu lewat dan mempunyai kuasa yang amat terhad untuk mengatasi masalah.” Ujar beliau."

jika terma rujukan itu sudah terlalu lewat, bermakna desakan pemimpin2 pembangkang untuk menubuhkan RCI sebaik PSC membentangkan hasil kajian mereka, juga disifatkan sudah terlalu lewat..

Sotong Kurita berkata...

"Rakyat di Sabah terus berhadapan dengan masalah jalan raya, masalah air dan ada yang langsung tidak mempunyai kemudahan bekalan air serta bekalan elektrik yang tidak menentu."

berapa kali Lim Kit Siang datang ke Sabah sehingga beliau tanpa segan silu boleh memberikan gambaran seperti itu?? boleh beliau berikan contoh kawasan yang tidak ada langsung bekalan air dan letrik??

Sotong Kurita berkata...

“Hanya pertukaran kerajaan kepada kerajaan Pakatan Rakyat sahaja yang akan memberi harapan masa depan kepada seluruh rakyat Malaysia.”

harapan apa? DAP merobohkan perkampungan melayu, mendiskriminasikan peniaga2 melayu, PAS gagal menyelesaikan masalah air bersih di kelantan walaupun sudah lebih 20 tahun memerintah negeri itu, PKR masih gagal menangani gejala rasuah dikalangan pemimpin2nya..

Unknown berkata...

Mengenai PATI itu sememangnya menjadi masalah utama kepada Sabah. Maka kita harap masalah PATI ini akan dapat ditangani.

Unknown berkata...

Sebab itulah kenapa RCI ditubuhkan di Sabah. Inilah punca utama RCI ditubuhkan di Sabah ini.

ScottyDoesntKnow berkata...

Head of State Tun Juhar Mahiruddin aserted that the perennial issue of illegal immigrants in Sabah must be handled in a collective manner and at the same time resolved wisely.

ScottyDoesntKnow berkata...

This issue has been taken seriusly both by the State and Federal Governments and have taken integrated action to address the situation.

ScottyDoesntKnow berkata...


The problem must be settled together and wisely, everyone must be prepared to render firm co-operation to ensure the illegal immigrant issue would be overcome for the sake of our wellbeing and prosperity.

ScottyDoesntKnow berkata...

The illegal immigrant issue has become a focal point among the State Barisan Nasional (BN) component parties and almost all have agreed to the setting up of a Royal Commission of Inquiry (RCI) to investigate it.

ScottyDoesntKnow berkata...

Therefore it is deemed crucial that all parties, including the general populous must render their cooperation to ensure the issue is resolved.

ScottyDoesntKnow berkata...

Parti Bersatu Sabah (PBS) affirmed the Federal Government for the formation of the Royal Commission of Inquiry (RCI) on illegal immigrants in Sabah.

ScottyDoesntKnow berkata...


Its Information Chief, Datuk Johnny Mositun, said since Federal Minister Tan Sri Bernard Dompok had said that the setting up of the RCI had been endorsed.

ScottyDoesntKnow berkata...


Mositun opines that this is to enable Sabah's cry for justice and punishment for wrongdoers and those behind the treachery can be meted out accordingly.

ScottyDoesntKnow berkata...


It must be treated with urgency and not wait until the matter gets worse and beyond control.

ScottyDoesntKnow berkata...


Whoever is doing it, under whose patronage such heinous and treacherous acts are committed should be arrested and investigated and given the right punishment without delay.

ScottyDoesntKnow berkata...


Whoever is doing it, under whose patronage such heinous and treacherous acts are committed should be arrested and investigated and given the right punishment without delay.