Khamis, 16 Ogos 2012

Pakatan sambut Hari Malaysia di Kota Kinabalu dan Kuching

Oleh Sidiqin Omar


PETALING JAYA : Majlis Setiausaha Pakatan Rakyat memaklumkan, sambutan Hari Malaysia pada tahun ini akan diadakan di dua lokasi berasingan iaitu di Kota Kinabalu untuk Sabah manakala Kuching untuk sambutan di Sarawak.



“Dua acara berasingan akan diadakan. Yang pertama pada 15 September, iaitu sambutan pada malam Hari Malaysia dibuat di Kota Kinabalu. Yang kedua pula pada 16 September di Kuching, Sarawak,” kata wakilnya yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Hatta Ramli.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN, hari ini.

“Semua pimpinan Pakatan Rakyat akan bergerak ke sana. Acara khusus akan dimaklumkan kemudian,” jelas Dr Hatta lagi.

9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Tanpa Nama berkata...

Pakatan sudah terdesak mahu raih undi Sabah Sarawak.

Unknown berkata...

Semua ni dibuat sebab politik ja. Rakyat tidak akan terpedaya.

Sanih Alias berkata...

Selamat hari malaysia akan datang.

TuhauBam berkata...

Hari kemerdekaan tidak seharusnya dipolitikan. Sama2 kita meraihkan hari kemerdekaan dengan penuh semangat patriotik.

TuhauBam berkata...

Hari M'sia pada bulan september.

Mumbai berkata...

sambutan hari Malaysia oleh Pakatan mesti penuh dengan cerita2 politik yang bersifat provokasi terhadap kerajaan..

Mumbai berkata...

mereka hanya menggunakan nama Sambutan Hari Malaysia, namun tujuan utama mereka adalah untuk menyebarkan agenda2 politik mereka.. secara jujurnya, saya tidak akan menghadiri apa jua program anjuran Pakatan..

mantera berkata...

nak sambut biarlah ikhlas dan penuh patriotik