MCA
Pulau Pinang berpendapat keputusan DAP negeri untuk membentangkan
undang-undang antilompat adalah tindakan yang salah kerana ia
bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan yang menjamin kebebasan
untuk berpersatuan.
Setiausaha MCA Pulau Pinang Lau Chiek Tuan berkata tindakan itu boleh ditafsirkan sebagai tindakan politik untuk menggambarkan bahawa DAP sebagai baik dan dalam masa sama memburukkan nama baik kerajaan BN.
"Secara ironinya, DAP sendiri menerima anggota parti yang melompat parti dari Umno bagi menaikkan imej mereka sebagai mesra orang Melayu dan pemimpin DAP yang lain berdiam diri berhubung tindakan dua Anggota Parlimen Sabah baru-baru ini dan mengalu-alukan bekas

Anggota Dewan Undangan Negeri Pulau Manis dari Umno
menyertai DAP," katanya dalam satu kenyataan di Georgetown, hari ini.
Lau berkata orang ramai perlu sedar bahawa ramai anggota PKR adalah mereka yang melompat parti seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah bekas anggota Umno dan menteri, yang secara ironinya menyandang kerusi Parlimen di Pulau Pinang.
"Oleh itu, DAP sepatutnya menghentikan lakonan ini dan memberi lebih perhatian berhubung tanggungjawab mereka kepada orang ramai," katanya.- Bernama

Tiada ulasan:
Catat Ulasan