Sebaliknya beliau mengakui menggunakan perkataan tokong sebagai gelaran kepada Guan Eng berikutan sanjungan tinggi dan penghormatan rakyat Pulau Pinang kepada Ketua Menteri itu.
Mansor berkata,kenyataan yang kononnya beliau menyifatkan Ketua Menteri Lim Guan Eng sebagai sombong, angkuh dan tokong bertujuan memberi gambaran buruk tentang hubungan PKR dan DAP.
“Saya tidak pernah menggelarkan Ketua Menteri sombong dan angkuh dan saya tidak tahu dari sumber mana perkataan itu timbul sedangkan saya tidak mengatakanya.
“Yang pasti perjumpaan ini telah dirakam dan kemudianya disiarkan didalan blog anti-Pakatan Rakyat dengan niat jahat untuk merosakkan jalinan dan hubungan baik antara PKR dan DAP di ambang pilihanraya dan cuba mengeruhkan lagi hubungan baik antara saya dan Ketua Menter,” katanya pada sidang media, hari ini.
Turut hadir, Guan Eng, Pesuruhjaya Pas Negeri, Datuk Salleh Man dan beberapa kepimpinan Kerajaan Negeri.
Dalam pada itu, Mansor menegaskan bahawa tidak ada langsung mesyuarat strategi parti sepertimana yang dilaporkan media sebaliknya pertemuan berkenaan adalah satu perjumpaan biasa antara ahli-ahli PKR dengan Pengerusi Perhubungan Negeri sahaja.
“Perbincangan tidak rasmi ini berpusat kepada hal-hal parti dan perkara berkaitan persediaan menghadapi pilihan raya umum ke-13.
“Jadi tidak ada minit mesyuarat tersebut,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan