JASIN DAILY
Lima lelaki
termasuk empat polis berpangkat konstabel ditahan selepas dipercayai
merogol seorang remaja di sebuah rumah di Port Dickson, 7 Ogos
lalu.
Kesemua mereka dikatakan mengenali antara satu sama lain dan
bertindak merogol mangsa secara bergilir-gilir di rumah salah seorang
daripada mereka.
Menurut sumber, wanita berusia 19 tahun itu berkenalan
dengan salah seorang anggota polis tersebut dua hari sebelum kejadian
dan bersetuju mengikut lelaki itu pulang ke rumah.
Katanya,
selepas berkenalan dengan lelaki itu, mangsa dibawa pulang ke rumah
sebelum dirogol secara bergilir-gilir.
“Empat lelaki berusia 20 hingga 28
tahun itu dikenalpasti bekerja sebagai polis berdasarkan pakaian
seragam yang dipakai salah seorang suspek,” katanya di sini, semalam.
Menurut sumber, selepas lima hari kejadian, wanita berkenaan kemudiannya
membuat laporan di Balai Polis Nilai, pada 12 Ogos, kira-kira 12 tengah
malam.
“Bertindak atas laporan itu, kira-kira jam 12 tengah hari, empat
suspek ditahan di balai polis tempat mereka bertugas, manakala seorang
lagi lelaki ditahan di sekitar Port Dickson, hari yang sama,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Negeri, Datuk Osman Salleh ketika dihubungi
mengesahkan penahahan.
“Semua anggota polis berkenaan kini ditahan reman
untuk siasatan lanjut dan siasatan masih dilakukan dari segenap aspek,”
katanya.
Menurutnya, pihaknya tidak akan berkompromi dengan mana-mana
anggota yang melanggar undang-undang.~Addin
Tiada ulasan:
Catat Ulasan