Sabtu, 25 Ogos 2012

Komuniti Jalan Sultan berarak malam merdeka pertahan bangunan bersejarah


KUALA LUMPUR — Komuniti Jalan Sultan dan Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCHA) hari ini melancarkan kempen “Merdeka March for Jalan Sultan” untuk memberi kesedaran kepada orang ramai tentang kepentingan memelihara bangunan bersejarah di sekitar Jalan Sultan.

Menurut pengerusi KLSCHA, Stanley Yong, berkata, mereka akan berarak untuk “Merdeka March” ini akan berjalan dari Gospel Hall, Jalan Hang Jebat, melalui Jalan Sultan sebelum menuju ke Dataran Merdeka.

Stanley Yong (tengah), Jimmy Chok (kiri) dan seorang lagi wakil peniaga Jalan Sultan ketika di siding media. — Foto Nomy Nozwir
“Kami juga mahu membangkitkan semula kegemilangan di Jalan Sultan di mana kawasan ini penuh dengan sejarah dan budaya tersendiri sekian lama,” katanya lagi.
 “Kami akan berarak dan menyanyi di kawasan penuh bersejarah di Kuala Lumpur ini.”

Menurut wakil dari Gospel Hall, Jimmy Chok, pula, adalah penting untuk memelihara sejarah untuk warisan masa depan.

“Kita melalui masa yang kian berubah, kita harapkan perubahan itu ke arah yang lebih baik,” kata Chok dalam sidang media sebentar tadi.

“Sempena dengan semangat hari merdeka, kami semua berarak untuk orang ramai mengetahui kepentingan memelihara bangunan bersejarah ini.

“Kami tidak menolak pembangunan dan projek MRT, kami mahu supaya bangunan bersejarah ini tidak dirobohkan.”

Konflik di Jalan Sultan ini berlaku apabila kerajaan mengumumkan pada pertengahan 2011 untuk projek laluan MRT di melibatkan kawasan di Jalan Sultan, Imbi dan Bukit Bintang, dan undang-undang tanah menyatakan pemilik tanah memiliki hak sehingga teras bumi.

Projek MRT sedang dalam pembinaan dan dijangka siap dalam akhir tahun 2016 dan akan memulakan perkhidmatan pada awal 2017, adalah projek termahal dalam sejarah negara melibatkan kos berjumlah RM50 billion.

Pemilik bangunan di Jalan Sultan dikatakan tidak berpuas hati dengan laluan tersebut kerana ia akan mengancam struktur bangunan di situ.

“Tiga bangunan di Perhentian Bas Klang, Uda Ocean dan Plaza Warisan disenarai sebagai kategori 3 bangunan warisan dalam pelan rancangan Kuala Lumpur 2020, tetapi dalam projek MRT ini mereka telah runtuhkan tiga bangunan tersebut untuk stesen MRT baru,” kata Chok lagi.

Tiada ulasan: