http://tukanglawan.blogspot.com/
Angkatan Muda Keadilan (AMK Selangor) hari ini mengambil pendirian tegas untuk menyelar dan mempertikaikan kenyataan Pengerusi MCA Selangor, Datuk Donald Lim Siang Chai yang secara biadap berjanji untuk menghalang sebarang usaha penubuhan kerajaan Islam di Selangor kepada ahli-ahli MCA pada satu Konvensyen MCA Negeri Selangor.
Angkatan Muda Keadilan (AMK Selangor) hari ini mengambil pendirian tegas untuk menyelar dan mempertikaikan kenyataan Pengerusi MCA Selangor, Datuk Donald Lim Siang Chai yang secara biadap berjanji untuk menghalang sebarang usaha penubuhan kerajaan Islam di Selangor kepada ahli-ahli MCA pada satu Konvensyen MCA Negeri Selangor.
AMK Selangor begitu kesal kerana Datuk Donald Lim yang juga Timbalan Menteri Kewangan sepatutnya bertindak lebih waras dan tidak biadap dengan memainkan sentimen agama yang sempit semata-mata terdesak untuk merebut kembali Selangor yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat ketika ini.
Saya berpendapat rakyat
Selangor memilih untuk mengubah kerajaan pada tahun 2008 dengan
berpaksikan kematangan dan melangkaui sentimen politik melampau dengan
memilih gabungan parti politik yang jauh lebih baik dan terbukti
berjaya mentadbir kerajaan negeri dengan lebih sistematik dan telus.
Justeru
kenyataan Datuk Donald Lim dilihat lebih kepada kenyataan seorang
pemimpin parti yang ketinggalan zaman dan terdesak , serta tidak berdaya
lagi untuk bersaing secara lebih kompetitif dalam melaksanakan
demokrasi dengan lebih adil. Tindakan menghina Islam secara
terang-terangan ini mencerminkan kebodohan diri sendiri yang akhirnya
akan merugikan MCA sendiri.
DESAK UMNO NYATAKAN PENDIRIAN, SINGKIR MCA DARI BARISAN NASIONAL
Maka sudah
tiba waktu Umno menyatakan pendirian mereka pada isu yang kritikal ini
demi menjaga kemuliaan agama Islam yang telah berkali-kali diperlekehkan
oleh parti komponen MCA. Umno sebagai tunjang komponen Barisan Nasional juga sudah sepatutnya mengkaji kedudukan MCA bersama mereka.
AMK
Selangor menyelar sikap dwi standard Umno yang bersikap flip flop dalam
isu menjaga kedaulatan agama Islam ini apabila dengan lantang menyerang DAP tetapi takut kepada MCA, hingga mencetuskan tanda tanya siapa sebenarnya ‘ abang besar’ dalam Barisan Nasional.
Oleh yang demikian usahlah Umno bermimpi untuk merampas kembali Selangor kalau sikap mereka begitu mengelirukan dalam isu ini. Kebaculan Umno begitu terserlah dan layaklah mereka dipinggirkan dari terus mentadbir negeri Selangor ini. Umno langsung tidak menghormati Sultan Selangor sebagai Ketua Rasmi Agama Islam di negeri ini.
Justeru apa lagi yang dapat rakyat terutamanya orang Islam dapat berharap kepada parti lemah ini. Umum telah tahu bahawa Umno memang tidak pernah berhasrat memartabatkan Islam sebagai salah satu rujukan pentadbiran namun sikap membisu apabila agama Islam dan semangatnya diinjak adalah sesuatu yang amat mengecewakan.
AMK Selangor juga memberi amaran keras kepada MCA terutama pemimpinnya supaya tidak lagi menjadikan agama Islam sebagai satu modal politik murahan mereka dan mula menerima hakikat bahawa Pakatan Rakyat adalah alternatif unggul untuk menggantikan peranan mereka dalam masyarakat.
AMK
Selangor menolak politik sentimen dan kebencian dan yakin bahawa rakyat
kini adalah mereka yang matang serta memiliki pengetahuan di hujung
jari. Maklumat adalah satu privileges bagi rakyat, dan mereka akan
pantas mengetahui politik mainan MCA BN ini adalah politik murahan yang
dimainkan oleh mereka yang mempunyai pemikiran kurang bijak.
AZMIZAM ZAMAN HURI
Ketua AMK Selangor
Naib Ketua AMK Malaysia
Tiada ulasan:
Catat Ulasan