Khamis, 23 Ogos 2012

“Janji Tidak Ditepati”, DAP beri kata dua buat Najib

 roketkini.com



KUALA LUMPUR : Perdana Menteri Najib Razak diberi kata dua samada beliau akan memberi respon kepada penubuhan Suruhanjaya  Siasatan Diraja (RCI) “Janji Ditepati” atau bakal berhadapan dengan siri jelajah Pendengaran Awam di seluruh Sabah.

Kenyataan yang dikeluarkan Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang ini dibuat selepas lawatan kerja beliau ke negeri tersebut baru-baru ini.

“Jelajah Pendengaran Awam seluruh Sabah ini  adalah untuk mengetahui samada janji-janji kerajaan BN telah dipenuhi ataupun sebaliknya.”

Menurutnya, idea jelajah siri Pendengaran Awam “Janji Ditepati” di Sabah ini lahir dari rasa tidak puas hati yang sangat meluas oleh rakyat Sabah sendiri di atas kegagalan kerajaan BN dalam mengotakan janji-janji yang ditabur kepada mereka sejak sekian lama memerintah.

Malah tambah Kit Siang, slogan “Janji Ditepati” telah menjadi bahan jenaka dikalangan rakyat Sabah.

Masalah PATI yang kritikal

Kit Siang berkata, “Salah satu isu paling kritikal dikalangan rakyat Sabah disebabkan oleh kegagalan empat dekad kerajaan BN sendiri untuk menepati janji mereka menyelesaikan masalah pendatang asing tanpa izin (PATI) dan ia tidak dapat disangkal lagi.”

Rentetan perkara tersebut, beberapa siri perbincangan dan ceramahnya mendapati bahawa kebanyakan mereka yang hadir menyatakan rasa tidak yakin terhadap penubuhan RCI oleh Najib untuk menyelesaikan masalah PATI yang berlanjutan sejak empat dekad yang lalu.

Dalam lawatan kerjanya ke Sabah, Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timor turun padang beramah mesra dan memberi ceramah di Kota Marudu, Kg Bavang Jamal di Kudat, Kg Masangkong di Matunggong, Ranau, Kepayang, Tawau dan Sandakan.

Royalti: kini giliran Sabah

Semalam Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman ketika bersama Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Taib Mahmud berkata bahawa isu royalti petroleum 5 peratus terbuka untuk dibincangkan secara terbuka.

Sehari sebelum itu Taib dilaporkan berkata bahawa negeri Sarawak akan membincangkan keperluan semakan semula royalti petroleum Sarawak dengan kerajaan persekutuan.

Mempersoalkan tindakan Musa, Kit Siang berkata baru dua minggu yang lalu Musa sendiri telah menolak cadangan dan tuntutan Pakatan Rakyat untuk menaikkan royalti dari 5 ke 20 peratus tetapi sekarang beliau mengubah pendirinnya pula.

“Ini semua berlaku antara lain atas usaha dan peranan Pakatan Rakyat yang membawa suara, aspirasi dan kuasa rakyat.”

Tetapi tanda tanya kedua yang timbul adakah sekadar “membuka ruang untuk dibincangkan” sudah memadai kerana rakyat Sabah mahupun Sarawak mahu kerajaan BN negeri menyokong tuntutan 20 peratus royalti yang diusulkan Pakatan Rakyat.

“Adakah Ketua Menteri Sabah dan Sarawak akan melakukannya?”

Gejala ‘2C’ dan ‘2I’ yang membimbangkan

Dalam kehangatan isu royalti, masalah yang ditanggung rakyat Sabah masih banyak yang belum tuntas. Tema “Janji Ditepati” kata Kit Siang boleh dirujuk sebagai gejala 2C dan 2I.

“ 2C ialah jenayah dan rasuah (crime and corruption) dan 2I pula merujuk kepada PATI dan pengabaian infrastruktur (illegal immigrants and infrastructure neglect).

‘Gejala’ ini telah menyebabkan rakyat Sabah semakin terbelenggu dengan masalah yang tidak selesai sejak sekian lamanya BN memerintah.

 

Sabah negeri kaya tapi apa BN buat?

Antara perkara yang disentuh dalam pemerhatian Kit Siang ialah mengenai jaringan jalanraya.

Beliau mengklasifikasikan jaringan jalan dari Kota Belud ke Kota Marudu merupakan yang terburuk di Malaysia dengan keadaan yang sangat daif setelah bertahun-tahun lamanya.

“Ini merupakan perkara yang amat memalukan dimana Sabah yang bergabung dengan Malaysia 49 tahun lalu merupakan salah sebuah negeri terkaya di Malaysia.

“Selain itu, bukan sahaja di Kota Marudu malah di seluruh negeri, masih wujud banyak kontroversi melibatkan tanah NCR yang membuktikan kerajaan BN gagal menghayati slogan “Janji Ditepati” mereka.” tambahnya.

Lain pula yang berlaku di Kampung Bavang Jamal dimana paip air telah disediakan sejak 1986 tetapi tanpa mempunyai bekalan air selama 26 tahun kata beliau.

Kit Siang dalam kenyataannya juga memperkatakan mengenai pengabaian industri pelancongan yang berlaku sejak Tan Sri Chong Kah Keat menjadi Ketua Menteri dan Menteri Pelancongn.

Tidak terhenti disitu, “Sekali lagi “Janji Ditepati” dikhianati apabila kerajaan BN gagal memulihara semula tanah lombong tembaga yang terbiar dengan sisa toksik berbahaya yang ditimggalkan Mamut Copper Mine (MCM) setelah untung RM3.4billion.”

Lagi menurutnya, wujud dakwaan serius penyalahgunaan kuasa melibatkan penggunaan tanah dan pengasingan terhadap masyarakat tempatan selepas MCM mengembalikan pajakan tanah kepada kerajaan negeri.

Menyentuh soal pembangunan di Sandakan, kerajaan BN juga gagal dalam janji mereka untuk menyediakan infrastruktur asas dengan baik seperti bekalan air, elektrik dan lebuh raya walhal Sandakan pernah menjadi pusat bandar utama di Sabah selama 62 tahun sehingga perang Dunia ke 2.

“Hari ini malangnya, Sandakan ketingalan dari Tawau, Miri dan juga Bintulu di Sarawak di mana ketiga-tiga Bandar ini mempunyai lapangan terbang tetapi tidak bagi Sandakan.

“Saya yakin, sekiranya kerajaan PR mengambil alih pentadbiran dalam Pilihan Raya Umum ke 13 ini, tidak ada masalah bagi dalam tempoh 100 hari kita meluluskan pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Sandakan.” katanya.-roketkini.com

21 ulasan:

Sanih Alias berkata...

RCI yang ditubuhkan ini akan dapat menyelesaikan masalah yang berlaku di Sabah ini.

TuhauBam berkata...

Betul ke Lim Kit Siang melawat Sabah, kenapa gambar macam edit saja.

TuhauBam berkata...

Pembangkang akan cuba apa saja untuk menjatuhkan kerajaan.

Unknown berkata...

Isu2 yang dibangkitkan pembangkang hanya digunakan sebagai alat untuk meraih sokongan dan undi rakyat.

Sotong Kurita berkata...

Pakatan pembangkang takut dengan tema Hari Kebangsaan pada tahun ini iaitu '55 Tahun Merdeka Janji Ditepati' kerana mereka tidak pernah menepati janji yang ditaburkan kepada rakyat sebelum ini.

Sotong Kurita berkata...

Sejak dahulu BN sentiasa mengotakan janji kepada rakyat, sebaliknya dalam tempoh empat tahun selepas Pilihan Raya Umum Ke-12, kita boleh nampak segala manifesto pakatan pembangkang tidak ditunaikan.

Sotong Kurita berkata...

Kerajaan negeri Kedah pimpinan Pas menggunakan tema 'Terus Berbakti', Kerajaan Pas Kelantan menggunakan 'Menerajui Perubahan' sementara Kerajaan DAP Pulau Pinang dan Kerajaan PKR Selangor akan menggunakan tema 'Sebangsa, Senegara, Sejiwa'.

tidak wujud kesepakatan antara mereka untuk buat satu perkara paling mudah iaitu tema untuk meraikan Hari Kemerdekaan??

Sotong Kurita berkata...

""Kit Siang berkata, “Salah satu isu paling kritikal dikalangan rakyat Sabah disebabkan oleh kegagalan empat dekad kerajaan BN sendiri untuk menepati janji mereka menyelesaikan masalah pendatang asing tanpa izin (PATI) dan ia tidak dapat disangkal lagi.”""

sepanjang 4 dekat itu, kenapa baru hari ini Kit Siang menunjukkan "keperihatinan" beliau terhadap masalah PATI di Sabah?

Sotong Kurita berkata...

Kit Siang patut ingat bahawa NJIB baru 4 tahun memerintah negara ini, bukannya 4 dekad.. jika Najib memerintah sejak 4 dekad yang lalu, bermakna masalah ini sudah selesai pada 4 dekad yang lalu..

Sotong Kurita berkata...

Royalti Minyak

""Mempersoalkan tindakan Musa, Kit Siang berkata baru dua minggu yang lalu Musa sendiri telah menolak cadangan dan tuntutan Pakatan Rakyat untuk menaikkan royalti dari 5 ke 20 peratus tetapi sekarang beliau mengubah pendirinnya pula.""

setahu saya Musa Aman hanya mempertikaikan 20% bukannya kenaikkan royalti.. kenaikkan boleh saja antara 10% atau 15%.. bolehkah Kit Siang jelaskan secara terperinci bagaimana Pakatan boleh mendapatkan 20% royalti minyak itu dengan mengambil kira 60% kos carigali Petronas, 30% kos subsidi dan 5% untuk kerajaan persekutuan??

DorianG berkata...

PRIME Minister Datuk Seri Najib Razak may fulfill a "promise" by his late father in resolving the longstanding petroleum royalties payment to the east coast states.

DorianG berkata...


Minister in Prime Minister's Department Datuk Seri Nazri Aziz said Malaysia's second Prime Minister Tun Abdul Razak Hussein had, in 1970, made statements in Parliament promising royalty payouts to oil-producing states.

DorianG berkata...

He said the special committee would put an end to all the questions on the issue. "The committee is needed to study the pros and cons, and bring to an end matters pertaining to it. If not, many questions will go unanswered.

DorianG berkata...


"Discussions are currently going on between the committee, Najib and the Attorney-General (AG). The AG might brief cabinet about it today."

DorianG berkata...

"Based on that speech, maybe Najib felt something needed to be done to fulfill it now. Hence, the formation of the special committee to study petroleum royalties to the east coast states," he said at a press conference in Parliament.

DorianG berkata...


Asked why the committee was formed only now when the issue had been ongoing for so long, Nazri said: "It's better late than never.

DorianG berkata...

"Najib wants to settle this issue once and for all so that it would not resurface in the future."

DorianG berkata...

Nazri said like gold, oil found in any states rightfully belonged to the federal government and the states would be entitled for a royalty payment.

DorianG berkata...


"The royalty payment usually follows the world standard. I think the standard petroleum royalty payment is five per cent and that is what we might give out."

DorianG berkata...


Nazri said this when asked to comment the opposition's promise to give a 20 per cent oil royalty payment to Sabah if they took over Putrajaya.

DorianG berkata...

It was reported the committee would study the cash disbursements within the next six months before making its recommendations to the federal government.