MALAYSIA CHRONICLE
KUALA LUMPUR- “Saya menilai kenyataan Tun Dr Mahathir sebagai tidak tepat pada sasarannya, malah amat meleset sama sekali,” kata Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Mohamad Suhaimi Abdul Aziz.
Beliau mengulas kenyataan Tun Dr Mahathir kelmarin yang menyifatkan Pakatan Rakyat sebagai Barrack Obama, Presiden Amerika Syarikat yang hanya tahu menabur janji tetapi gagal menunaikannya.
Yang jelas, katanya Barrack Obama telah menjadi Presiden Amerika Syarikat dan beliau sedang memegang tampuk kuasa sekarang.
Tambahnya, adapun persamaan dengan Pakatan Rakyat, ianya jauh berbeza ibarat langit dengan bumi.
Beliau berkata, Pakatan Rakyat memang banyak menabur janji, dan ia belum tertunai kerana belum memerintah negara ini.
Jelasnya lagi, PR hanya memerintah di beberapa buah negeri, itupun telah banyak perkara yang berjaya dilaksanakan.
“Tanyalah rakyat di negeri Selangor, Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan dan kemudahan yang mereka nikmati hasil dari pemerintahan tidak sampai 5 tahun di negeri tersebut kecuali di Kelantan.
“Mungkin Tun mahu samakan Barrack Obama dengan parti beliau Umno BN, lebih tepat lagi dengan Perdana Menteri sekarang,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Ini, katanya kerana yang memerintah negara ini sekian lama adalah BN dan berapa banyak pula janji PM telah tertunai.
Tun, ujarnya boleh buat check list jumlah janji tertunai dan janji yang tidak tertunai.
“Kerana itulah BN tergamak menggunakan tema Hari Merdeka ‘Janji Ditepati’. Ia seperti menunjuk-nunjuk bahawa BN jenis parti yang menunaikan janji,” katanya.
Walhal, ujar beliau kesemua itu tidak perlu diceritakan kerana rakyat sendiri tahu menilainya.
“Tema ini pula seakan-akan mengingatkan rakyat agar jangan lupa bahawa pemimpin negara ini berjasa kepada rakyat, dan rakyat perlu membalas jasa tersebut dengan sokongan padu kepada mereka,” katanya.
Tambahnya lagi, tiada nada dalam tema tersebut ucapan terima kasih pemimpin kepada rakyat yang bersama-sama membangunkan negara dan mengangkat pemimpin negara pada hari ini.
Selain itu, ujar beliau hanya pemimpin yang sombong sahaja akan mengungkit segala jasa mereka kepada rakyatnya sedangkan itu tanggungjawab pemimpin untuk membela dan menunaikan janji kepada rakyatnya.
“Yang pastinya, kenyataan Tun Dr Mahathir amat pedas, sinikal dan sesuai ditujukan kepada PM dan BN. Tun Dr Mahathir telah menjelaskan sekali lagi, siapakah yang retorik dan siapakah pula yang realistik,” katanya lagi.-Harakahdaily

Tiada ulasan:
Catat Ulasan