Khamis, 16 Ogos 2012

Farah AF dapat anak perempuan

Wartawan Sinar Harian

Farah AF
Farah AF
 
 
BEKAS peserta finalis Akademi Fantasia (AF) musim kedua, Farah Diana Anuar selamat melahirkan seorang anak perempuan, semalam.

Menurut kenyataannya diperoleh menerusi laman Twitter, Farah berkata, “Alhamdulillah.  Selamat datang ke dunia, puteriku. Farah OK dan baby juga sihat.”

Farah AF2, 27, yang terkenal dengan ‘trademark’ Breep Breep mendirikan rumah tangga dengan usahawan Johan Johari, 27, di Putrajaya pada 15 Julai tahun lalu.

Selain bidang nyanyian, Farah juga terlibat dalam bidang pengacaraan dengan menjadi pengacara bersama rancangan Nasi Lemak Kopi O di TV9.

Tiada ulasan: