Jumaat, 17 Ogos 2012

CAWP: 'RM17.2j fi pengarah Puncak Niaga satu kegilaan'


Andrew Ong

Gabungan Menentang Penswastaan Air (CAWP) menyifatkan bayaran RM17.2 juta yang dibuat oleh Puncak Niaga Holdings Bhd sebagai fi pengarahnya, sebagai satu "kegilaan", terutama ketika syarikat itu mengalami kerugian dan mendakwa perkhidmatannya pula tidak memuaskan.

NONEPenyelaras CAWP, Charles Santiago (kiri) mendakwa bahawa pengurusan atasan syarikat itu, yang merupakan syarikat induk
kepada syarikat pembekal air Selangor, - Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) - menikmati imbuhan tidak kira berapa banyak kerugian yang dialami oleh syarikat tersebut.

Beliau mengulas laporan Malaysian Business mengenai senarai 50 pengarah yang menerima bayaran tertinggi, dengan Puncak Niaga di tangga ke-16, dengan membayar seorang pengarahnya antara RM8.35 juta dan RM8.4 juta tahun lepas.

Senarai telah disediakan berdasarkan laporan tahunan syarikat berkenaan. Identiti pengarah Puncak Niaga yang menerima imbuhan tertinggi itu tidak dinyatakan dalam laporan tersebut.

NONEIa juga menyatakan bahawa sejumlah RM17.2 juta telah dibayar
sebagai fi pengarah kepada para pengarah eksekutifnya pada tahun di mana syarikat itu melaporkan kerugian sebelum cukai sebanyak RM75.2 juta.

Malah, laporan tahunan itu menunjukkan bahawa syarikat tersebut rugi sejak 2007 -  apabila ia merekodkan kerugian sebelum cukai sebanyak RM435.7 juta - tetapi sejak itu kerugian tersebut semakin berkurangan

Santiago, yang juga ahli Parlimen Klang berkata, pembayaran fi yang besar kepada lembaga pengarahnya tidak boleh diterima kerana ia pada asasnya merupakan sebuah syarikat utiliti awam.

Tiada ulasan: