PETALING JAYA: Ahli Parlimen Pakatan Rakyat mendesak Perdana Menteri untuk memanggil sidang Parlimen tergempar bagi membincangkan isu berhubung sistem keselamatan negara.
Ini kerana pendedahan media semalam mengenai pendaftaran pemegang kad pengenalan bertaraf penduduk tetap (PR) kepada warganegara dalam tempoh sehari.
Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub berkata, Pakatan Rakyat akan menghantar surat kepada Perdana Menteri dalam masa terdekat bagi membincangkan isu itu di parlimen, kerana ia membabitkan soal keselamatan dan kedaulatan negara.
“”Kita akan hantar surat kepada Perdana Menteri dalam 2-3 hari ini.Kami mendapat bukti ini melalui laman web Jabatan Pendaftaran Negara sendiri.
“Bagaimana seseorang itu boleh menjadi warganegara dalam masa dua jam?” katanya pada sidang media di Petaling Jaya hari ini.
Turut bersama Naib Presiden KEADILAN Nurul Izzah Anwar, Pengarah Jabatan Pilihan Raya Pas Pusat, Dr Hatta Ramli, dan Ahli Parlimen Bukit Bendera Liew Chin Tong mewakili DAP.
Berita Lanjut menyusul
Tiada ulasan:
Catat Ulasan