Isnin, 8 Ogos 2011

Siasatan Tung Shin diserah kepada polis pula

Lee Way Loon


Jawatankuasa Siasatan Dalaman Kementerian Kesihatan peringkat tertinggi yang sepatutnya menyiasat aduan bahawa gas pemedih mata dan air berkimia disasarkan ke perkarangan Hospital Tung Shin, kini memohon bantuan polis bagi menyiasat kejadian yang didakwa berlaku pada 9 Julai itu.

NONEPerkara itu didedahkan oleh ahli parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua berdasarkan sepucuk surat yang dikeluarkan oleh sekretariat jawatankuasa itu Jumaat lalu.

Pua, yang berada di perkarangan Hospital Tung Shin bersama rakan-rakan pemimpin DAP pada 9 Julai lalu telah menawarkan diri mereka untuk memberi keterangan kepada jawatankuasa berkenaan bagi membantu siasatan mereka.

“Bukan sahaja (mereka) melengah-lengahkan siasatan yang dituntut kami, tetapi mereka meminta pula pihak polis menyiasat kami,” katanya.

Pada sidang akhbarnya pagi ini, Pua berkata ibu pejabat DAP pada mulanya menerima sepucuk surat daripada kementerian bertarikh 29 Julai yang memintanya bersama tiga pemimpin parti lain untuk menghadiri inkuiri yang dijadualkan pada 1 Ogos.

Tiga yang lain itu adalah ahli parlimen Bukit Bendera Liew Chin Tong, ahli parlimen Serdang Teo Nie Ching dan setiausaha politik ketua menteri Pulau Pinang, Zairil Khir Johari.

NONENamun, kerana surat yang diterima sudah terlalu dekat dengan tarikh inkuiri dan akibat kesuntukan masa, mereka meminta tarikh baru.

“Kami terima surat pada Sabtu jam 4 petang dan mereka minta kami untuk datang pada Isnin depan,” jelasnya sambil menambah beliau kemudiannya menulis kepada jawatankuasa itu untuk meminta tarikh yang lain.

Bagaimanapun sekretariat jawatankuasa itu menulis kepada mereka pada 5 Ogos lalu dan kali ini berkata, “kami akan berpadu tenaga dengan polis dalam menjalankan siasatan yang akan diadakan tidak lama lagi.”

Pua berkata beliau juga menerima panggilan daripada polis meminta dirinya dan pemimpin lain ke ibu pejabat polis daearh PJ pada jam 9.30 pagi Rabu ini.

NONE“Jadi menteri telah serah kuasanya kepada ketua setiausaha yang kemudiannya serah pula kuasa itu kepada polis,” kata Pua.

Katanya lagi, kementerian kesihatan sengaja mengelak tanggungjawab menyiasat kerana mereka sedar bahawa seluruh dunia sudah mengetahui kebenaran bahawa memang hospital tersebut diserang.

Malah, menurut Perjanjian Geneva oleh semua negara di dunia, hospital merupakan kawasan larangan, dan tidak boleh diserang dalam apa-apa kes pun.

Tiada ulasan: