SELATAN ONLINE
Raja pembohong’ semalaysia, Papa Gomo dilaporkan telah menyiarkan satu surat palsu yang menuduh Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad dan beberapa Adun Selangor mengarahkan pembatalan sita Gereja Methodist Damansara Utama (GMDU) |
|
“Saya menafikan sekeras-kerasnya tuduhan ini dan pemalsuan yang dilakukan Papa Gomo (gambar) itu hanyalah untuk beri gambaran buruk kepada Pakatan Rakyat,” kata beliau pada sidang media di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur semalam.
Apa yang melucukan, niat asal nak mengenakan wakil dari Pakatan Rakyat (PR) tapi akhirnya beliau sendiri (Papa Gomo) yang terkantoi hasil penipuannya.
Khalid Samad seperti yang dipetik dari Harakahdaily berkata, Papa Gomo jelas tidak melakukan persediaan sebelum melakukan pembohongan itu apabila secara melulu menyatakan lokasi GMDU terletak di Damansara Utama sedangkan lokasi sebenar gereja berkenaan adalah di Seksyen 13, Petaling Jaya.
“Papa Gomo kata MBPJ menerima aduan daripada seorang penduduk Damansara Utama tapi yang sebenarnya gereja itu di Seksyen 13 Pataling Jaya. Nampak sangat tak study betul-betul,” kata Khalid.
Bukan hanya terkantoi, Papa Gomo kini berdepan dengan siasatan polis apabila Khalid bersama-sama MBPJ telah membuat satu laporan polis di Ibu Pejabat Polis Petaling Jaya petang semalam berkaitan fitnah yang dibuat blogger barua Umno-BN, Papa Gomo.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan