Ahad, 14 Ogos 2011

PRU 13 : PR ada harapan cerah perintah Malaysia

PASPB

http://syukran.files.wordpress.com/2011/01/9551049.jpg


Selepas perhimpunan Bersih 2.0 untuk pilihanraya bersih dan adil menyaksikan cara kotor Perdana Menteri Najib Razak cuba untuk mematahkannya serta cara tadbir urus Negara yang tidak betul, semakin ramai yang meramalkan Pakatan Rakyat akan mengambil alih kerajaan selepas pilihan raya umum nanti.

Namun, ada juga yang tidak percaya ramalan oleh Wong Chin Huat, tokoh akademik yang yakin Pakatan akan memenangi 100 kerusi, lebih 18 kerusi berbanding pilihanraya yang lalu. Pada masa itu, Barisan Nasional telah memenangi 140 kerusi dari 222 yang dipertandingkan, sekaligus hilang dua pertiga majoriti undi.

Wong percaya bahawa Bersih 2.0 pada 9 Julai akan menaikkan jumlah kerusi pakatan rakyat dari 75 pada tahun 2008 kepada 100 kerusi. Ini bermakna 12 kerusi lagi untuk PR.
Apa kata rakyat biasa…

William Kee, seorang pekerja IT merasakan agar sukar bagi PR untuk mengambil alih kerajaan pada pilihanraya yang akan datang.

“ Sarawak adalah negeri yang berbeza. Kemenangan 15 kerusi yang lalu oleh PR tidak bermakna kemenangan akan menjadi mudah nanti. Agak sukar untuk menembusi kawasan pengundi Melayu dan pengundi Dayak yang merupakan penentu tidak tahu akan kuasa yang ada pada mereka. Walaupun pengundi Cina akan membuat perubahan, namun ia tidak akan terlalu ketara. Jadi, 100 kerusi harus dimenangi tanpa pertolongan dari Sarawak,” katanya.

Buat masa ini, Sarawak mempunyai dua kerusi parlimen iaitu Bandar Kuching dan Bandar Sibu(yang telah dimenangi pilihanraya yang lepas).
Kata Kee, jika dilihat pada keadaan ekonomi dunia, pilihanraya mungkin akan diadakan pada bulan November.

Najib tahu jika dia menundakan pilihanraya, memenangi kerusi pada pilihanraya akan menjadi sukar kerana pada masa akan datang, rakyat akan merasakan tekanan hidup akibat ekonomi yang merundum. Sukar untuk mendapat undi pada masa itu.

Bagi Ralph Jewat yang berbangsa Iban pula, kemenangan bukanlah sesuatu yang mudah untuk PR di Sarawak.

“Kebanyakkan orang Dayak masih percaya kepada kerajaan yang memerintah sekarang ini walau apa pun yang dikatakan oleh pihak pembangkang. Ramai orang Dayak yang sudah tua berpemikiran, adalah salah untuk tidak setia kepada kerajaan.

Walau bagaimanapun, dia sendiri akan mengundi pihak pembangkang kerana telah berpindah ke bandar 15 tahun yang lalu dan menyaksikan sendiri bagaimana orang-orangnya telah dipergunakan. Dia pernah memujuk orang tuanya untuk mengundi pembangkang tetapi gagal.

Orang BN turut mengundi PR

Ling HL yang merupakan ahli parti BN yakin PR akan mengambil alih kerajaan pada kali ini. Memandangkan kekusutan yang sedang melanda partinya, Ling mengakui ramai rakan-rakan seperjuangannya mahukan perubahan. “Terlalu banyak perkara yang tidak betul di dalam kerajaan. Akhirnya, rakyat akan menderita tetapi mereka yang memerintah hanya bercakap dan menipu untuk diundi semula.” Katanya sambil merasa jijik terhadap perbuatan menipu dalam pilihanraya yang lalu.

Salah seorang rakannya, Joyce yang berada di dalam komiti parti yang sama menyatakan bahawa kehidupan sudah semakin sukar bagi rakyat biasa akibat daripada kerajaan yang membutakan mata terhadap isu-isu kritikal di dalam Negara.

“Terlalu banyak mainan politik di dalam parti. Semua mahukan kuasa dan kedudukan tapi, tiada yang mahu bekerja. Jadi, bagaimana kami tidak kecewa? Kebanyakkan ahli telah mengundi PR pada pilihanraya yang lalu,” katanya lagi.

Wakil rakyat bagi kawasan Pending, Violet Yong mendakwa, agak sukar menembusi kawasan pengundi kaum Dayak dan Melayu.

“Walaupun DAP telah mentransformasikan diri sebagai parti berbilang bangsa, PKR yang sememangnya parti berbilang bangsa dan PAS, keadaan masih nampak sukar. Walau bagaimanapun, kita tetap akan bekerja keras untuk memastikan hak rakyat dilindungi. Kita kena memastikan hak rakyat dilindungi dibawah kerajaan yang bersih dan adil tidak seperti yang sedia memerintah sekarang,” katanya lagi.

Yong berkata, perhimpunan bersih telah memberi banyak kesedaran kepada rakyat di bandar tetapi, kepada penduduk luar bandar, kebanyakkannya masih tidak tahu apa itu Bersih.

Dapat dapat rasa

Ahli perlimen Kuching, Chong Chieng Jen memberitahu bahawa di dapat merasakan yang PR akan mengambil alih kerajaan selepas pilihanraya akan datang. Dia menjelaskan bahawa, Sabah dan Sarawak bukanlah lagi deposit tetap untuk BN.

“ Pada pilihanraya DUN yang lepas, PR telah memenangi 15 kerusi. Kita mungkin akan menang 10 ke 15 kerusi lagi pada pilihanraya yang akan datang.

Chong juga berkata, ramai orang Dayak sudah bekerja di Bandar. Kesedaran pada orang Dayak akan menjana perubahan pada kerajaan. Sudah terlalu lama mereka ditekan, tanah mereka dirompak, natijahnya, mereka menderita bersama rakyat lain tetapi pemimpin yang berada di atas hidup dengan penuh kemewahan.

Dia menjangkakan pilihanraya akan berlaku pada bulan November kerana percaya Najib sudah tidak boleh memegang tampuk kepimpinan akibat daripada konflik dalaman UMNO dan kemerosotan ekonomi dunia. Najib, katanya, akan mempertahankan diri dengan membariskan orang-orangnya di dalam kabinet yang sememangnya kabinet diwarisi UMNO.

Pakatan meramal 110 ke 112 kerusi

Ahli parlimen Zuraida Kamaruddin berkata, PR bersedia untuk mengambil alih kerajaan pada kali ini. “Kita sangat yakin pada pilihanraya kali ini berdasarkan anggaran kami. Kami boleh memperolehi 110-112 kerusi. Saya rasa, Sabah dan Sarawak boleh memberi kami 15 kerusi. Ia boleh dicapai.

Zuraida berkata, 15 kerusi yang dimenangi PR di dalam pilihanraya negeri telah memberikan mereka banyak harapan. Kita sedang membuat progres di Johor, Kedah, Malacca, Negri Sembilan dan Pahang. Rakyat disini bosan dengan kehidupan yang sukar ditambah lagi dengan kerajaan yang tidak prihatin.

Setelah menemui rakyat, dia memerhatikan yang keadaan miskin dan merempat adalah sesuatu yang biasa di negara ini. Mereka yang duduk di kawasan flat sebenarnya seperti tinggal didalam kotak. Kehidupan mereka sengsara dan BN tidak pernah cuba untuk mengubah kehidupan mereka. Bila saya melawat ke kawasan luar bandar, keadaan mereka juga sama. Melayu, Dayak, Orang Asli, semuanya hidup cuma seadanya. Keadaan ini mesti berubah.

Kata Zuraida, Wanita PKR telah melancarkan program ‘Wajah’ yang bertujuan untuk memberi pendidikan dan kesedaran kepada mereka berkaitan hak mereka.

"Mereka yang miskin di luar bandar ini mesti menjadi agen perubahan untuk diri mereka sendiri dan bukan hanya hidup dalam ketakutan dengan menunggu gula-gula dari kerajaan untuk memancing undi mereka.” - Malaysia Chronicle

Tiada ulasan: