KUALA LUMPUR : Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Yusof memberitahu berlakunya kesilapan akibat kecuaian teknikal Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sehingga menyebabkan seorang penduduk tetap (PR) didaftarkan menjadi pengundi.
Dalam Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) kepada Malaysiakini, Aziz menafikan bahawa ada PR yang diberi peluang mengundi pada pilihan raya akan datang.
"Saya fikir senarai nama PR di laman web JPN adalah senarai lama yang belum dikemaskini," katanya.
Menurut Aziz, hanya rakyat Malaysia yang boleh memohon untuk mendaftar sebagai pengundi.
"PR tidak dibenarkan kecuali Kementerian Dalam Negeri meluluskan permohonan mereka sebagai rakyat Malaysia. Jika tidak permohonan mereka sebagai pengundi secara automatik akan ditolak oleh sistem saringan SPR selepas menyemak status mereka dengan sistem JPN - Agency Link Up System (Alis)," katanya.
Namun, kata Aziz SPR akan mempamerkan daftar pemilih tambahan yang dikeluarkan setiap empat bulan untuk tatapan umum selama seminggu.
"Pengundi di kawasan itu boleh membantah (jika mendapati ada penyelewengan),” katanya.
Abdul Aziz mengulas kontroversi di mana terdapat dakwaan bahawa penduduk tetap didaftarkan sebagai pengundi dan nama mereka tersenarai pada daftar pemilih tambahan yang baru.
Status penduduk tetap itu kemudiannya 'dinaik-taraf' sebagai warganegara dalam beberapa jam, mengikut sistem pengesahan online JPN.
Semalam portal Malaysiakini melaporkan, seorang yang bernama Mismah yang pada asalnya mempunyai status PR dan memegang kad MyPR merah telah didaftarkan sebagai pengundi baru.
Menurut portal itu, semakan pada sistem pengesahan dalam talian JPN sebanyak dua kali - pada jam 5.48 petang kelmarin dan 11.30 pagi semalam - menunjukkan nama Mismah adalah berstatus PR yang telah mengambil kad MyPRnya (No 640704715238), kad pengenalan bagi PR.
Apabila nombor yang sama dimasukkan ke dalam sistem pengesahan dalam talian SPR, Mismah yang sama adalah pengundi berdaftar yang baru.
Bagaimanapun, satu lagi semakan dengan sistem JPN pada jam 3 petang semalam menunjukkan hasil yang mengejutkan - Mismah telah menjadi warganegara dengan Mykad biru.
Statusnya pada sistem pengesahan dalam talian SPR kekal sama pada jam 3 petang - pengundi yang baru berdaftar dalam senarai daftar tambahan pemilih yang dipamerkan oleh semakan umum.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan