Polis akan menubuhkan pasukan petugas untuk menyiasat insiden cubaan membakar ibu pejabat DAP Pulau Pinang semalam, kata Ketua Polis negeri, Datuk Ayub Yaacob hari ini.
Beliau berkata, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein sendiri telah melahirkan kebimbangannya berhubung insiden tersebut yang berlaku kira-kira jam 3 pagi semalam.
Malah, katanya, Hishammuddin telah menghubunginya dan meminta pihak polis memberi perhatian khas terhadap perkara tersebut, termasuk insiden lain yang mungkin ada kaitan dengannya.
Bercakap dalam satu sidang media bersama Ketua Menteri Lim Guan Eng di premis DAP di Jalan Talipon hari ini, Ayub berkata polis sedang menjalankan siasatan dan berharap dapat menangkap orang yang bertanggungjawab melakukannya tidak lama lagi.
Beliau memberi amaran bahawa tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang cuba membakar ibu pejabat parti itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan