RAWANG: Pengarah Penerangan Selangor, Dr Badrul Amin Bahron mengajak semua rakyat negara ini memakai baju raya berwarna kuning tahun ini.
Beliau juga mencadangkan agar membuat kuih warna kuning sebagai juadah raya tahun ini. (Iklan jual baju Melayu kuning untuk raya tahun ini...klik atas gambar untuk maklumat lanjut)
"Jangan lupa juga kita buat pulut kuning," kata Badrul ketika memberikan tazkirah Ramadhan di sebuah surau dekat sini sebaik sahaja selepas solat Terawih.
Cadangan Badrul Amin itu selaras dengan kempen Bersih 2.0 yang menuntut lapan perkara untuk memastikan pilihan raya di Malaysia bersih dan adil.
Warna kuning adalah warna rasmi kempen Bersih sesuai dengan warna diraja kerana mereka mahu menghantar memo tuntutan itu kepada Yang Dipertuan Agung.
Sebuah syarikat, KF Edaran, telah membuat iklan khasnya di Harakahdaily tentang projek mereka menjual baju Melayu warna kuning untuk raya tahun ini.
Mereka menjual sepasang baju Melayu kuning dengan harga RM75 dan yang menariknya ia akan dihantar terus ke rumah pembelinya. Nilai kita Dalam tazkirah itu juga, Badrul berkata, umat Islam perlu menilai diri mereka sendiri selain menyalahkan pihak lain dalam isu kristianisasi. Katanya, institusi masjid dan surau perlu mengkaji, kenapa mereka tidak memberikan khdimat untuk umat Islam yang memerlukan bantuan sehingga pihak gereja pula yang menjadi tempat mereka mendapatkan bantuan. (Badrul Amin menyampaikan tazkirah di sebuah surau di Rawang) "Selain itu, di mana institusi zakat kita," kata beliau yang juga anggota Majlis Pimpinan Tetinggi PKR. Sebelum ini, Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz mempertikaikan, siapakah yang mula mengajar bagi benda untuk mendapatkan sokongan ini. "Umnolah yang ajar..awak tolong saya, saya tolong kamu, ini ajaran Umno," kata Nik Aziz dalam satu kenyataannya sebelum ini. Mereka mengulas isu serbuan Jais ke atas gereja Methodist Damansara Utama yang mendapati mereka meraikan umat Islam dengan memberikan bantuan kepada mereka. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan