Selasa, 9 Ogos 2011

Mualaf di Melaka maju rayu dapatkan rumah

Oleh: amkns

"Kesian, kesian, kesian mualaf di Melaka ya, negeri majulah katakan. Dah sembilan tahun memeluk agama Islam masih lagi terpinggir. Sabarlah ye , mualaf di Melaka ye. Mana pergi duit zakat? JAKIM (Jamil KhIr baharoM agaknya) mungkin kata ini kes terpencil juga seperti laporan di bawah.

Orang Melaka tahu tak kisah benar bagaimana Bangunan Majlis Agama Islam Melaka dijual ke Taukeh Cina? Nak tahu ceritanya sila baca laporan pada pautan berikut http://amkns.blogspot.com/2010/10/bangunan-majlis-agama-islam-melaka.html


MUALAF HARAP DAPAT RUMAH SENDIRI


JASIN - Entah di mana silapnya, seorang mualaf bersama isteri dan tiga orang anak terpaksa menumpang di rumah orang sejak memeluk Islam sembilan tahun lalu.

Keadaan itu memang menyukarkan Abdul Rahim Tan, 42, dan isterinya, Hoiriah Aman Chik, 36, serta anak-anak mereka untuk menjalani kehidupan sempurna sebagaimana keluarga lain yang mempunyai rumah sendiri.

Lebih membuatkan Abdul Rahim tidak sanggup menanggung situasi itu, apabila dia dan keluarganya sudah menjadi ‘penumpang’ di rumah rakannya, Mohd. Yusuf Abdullah, 50, yang juga seorang mualaf lebih setahun yang lalu.

Malah kata Abdul Rahim, permohonannya mendapatkan bantuan kediaman di bawah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) sejak setahun lalu, masih belum diluluskan pihak berkuasa. “Sudah setahun saya menumpang hidup dengan Mohd. Yusof di Kampung Merlimau, namun persoalannya sampai bila saya dan keluarga harus menumpang di rumahnya?

“Kadang-kala terfikir untuk mencari rumah sewa yang lain tetapi memandangkan pendapatan saya sebagai pekerja kilang besi tidak cukup, saya terpaksa membatalkan hasrat itu'' katanya ketika ditemui semalam.

Tiada ulasan: